Kahwin muda? Sekarang ni dah macam musim pula kan remaja-remaja di luar sana mendirikan rumah tangga. Seperti zaman ibu bapa kita, seawal umur 15 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Zaman sekarang ni anak-anak muda kita lebih memilih untuk kahwin awal daripada bercinta lama-lama. Tetapi, bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga ni.

Kita perlukan persiapan dari segi mental, fizikal yang secukupnya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Seperti sedia maklum, saya terpanggil untuk untuk berbicara tentang topik ini sambil berkongsikan bersama anda di luar sana yang masih ragu-ragu untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda.

Kahwin muda ini bukan sahaja melibatkan diri kita malah melibatkan banyak pihak terutamanya ibu dan bapa kita. Jadi, perancangan harus lah di buat dengan tenang dan teliti. Ibu bapa adalah orang terpenting dalam mendirikan rumah tangga.

Untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia, kita perlulah memohon restu daripada mereka kerana restu itu amat penting. Sering kali kita mendengar rumah tangga yang tidak bahagia, salah satu punca adalah kerana tidak mendapat restu daripada ibu bapa.

Bukankan mereka yang bersusah payah membesarkan kita?

Mereka yang membanting tulang membesarkan kita daripada kecil hingga lah kita hendak berkahwin, maka tidak wajar untuk kita membelakangi mereka.

Berbincanglah dengan baik dengan mereka tentang hasrat anda untuk berkahwin. Tunjukkan yang anda benar-benar serius dalam perkara ini. Jangan hangat-hangat tahi ayam pula. Rancang semua persiapan sebaik mungkin.

Ramai orang mengimpikan perkahwinan yang grand dan indah. Perkahawinan yang indah itu tak semestinya harus dibuat besar-besaran. Bersederhana adalah lebih baik, walaupun dengan majlis akad nikah sahaja. Tetapi perkara ini terpulanglah kepada individu. Yang penting anda berpuas hati dengan semua yang dirancang.

wedding

Jika anda adalah seorang student pasti anda lebih risau dan tidak yakin untuk mendirikan rumah tangga. Jangan risau, jangan disulitkan perkara yang baik. Sebaiknya habiskan belajar dahulu. Cuba berbincang dengan pasangan sebaik mungkin tanpa melukakan hati sesiapa.

Perkahwinan ni bukan kerana halal semata-mata, banyak perkara perlu dipraktiskan sebelum berkahwin.

Sikap matang dan bertoleransi juga penting dalam sesebuah perhubungan. Jangan pula baru sebulan dua kahwin, mahu bercerai pula.

Jika anda seorang perempuan, kurangkan la bersosial bersama rakan-rakan kerana selepas berkahwin suami adalah keutamaan anda. Belajar uruskan rumah tangga seperti memasak, mengemas. Meskipun di dalam Islam ini adalah perkerjaan seorang suami dan lelaki, tidak salah anda praktiskan apabila sudah berkahwin nanti.

Rumah tangga yang bahagia bila suami isteri saling tolong menolong dan bertoleransi.

Bagi yang lelaki pula, carilah pekerjaan yang tetap dan bagus. Kerana selepas berkahwin anda yang bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga. Anda juga menjadi ketua keluarga sebuah keluarga, didik dan pimpinlah pasangan sebaik mungkin.

Banyakkan berkomunikasi bersama-sama keluarga, luangkan masa bersama. Jangan balik kerja terus melepak bersama kawan-kawan sampai ketengah malam, kesian si isteri dirumah. Urus dan rancang masa bersama keluarga.

Berdoalah kepada yang Esa semoga dipermudahkan segala urusan untuk membina mahligai impian anda kerana kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang menentukan segalanya.