Aksi hambar ditampilkan Kai Havertz pada aksi Piala FA bertemu Manchester United di Emirates Stadium awal pagi tadi jelas menimbulkan kemarahan peminat Arsenal.

Havertz bukan sahaja terlepas dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol, malah sepakan penalti yang diambil berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Altay Bayindir.

Baca Juga:

Kegagalan yang akhirnya merintis kepada tersingkirnya Arsenal dalam saingan Piala FA dan merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad kendalian Mikel Arteta itu di laman sendiri.

Lebih tidak terjangkau dek akal penyokong Arsenal ialah mereka bertemu lawan yang beraksi dengan kekurangan seorang pemain hampir satu jam permainan.

Dilihat sebagai antara punca kepada kekalahan pasukan, Havertz menjadi sasaran peminat The Gunners yang berang dengan aksinya.

Hos terkenal, Piers Morgan turut tidak terkecuali dalam meluahkan kemarahannya melihat Arsenal beraksi sedemikian rupa.

“Sangat menyedihkan, Arsenal,” ujar beliau dalam ciapan di laman X peribadi miliknya.

“Bagaimanap anda boleh kalah di tempat sendiri kepada pasukan yang beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh panjang itu?”

“Selagi Havertz menjadi penyerang utama kami, kami tidak mempunyai peluang untuk memenangi sebarang trofi besar.”

Kai Havertz Dianggap Pembelian Paling Teruk Arsenal
Soccer Football – FA Cup – Third Round – Arsenal v Manchester United – Emirates Stadium, London, Britain – January 12, 2025 Arsenal’s Kai Havertz misses a chance to score REUTERS/David Klein

“Dia sangat teruk hari ini, jika Arteta tidak membeli pemain nama besar dalam jendela perpindahan ini, termasuk penyerang terbaik. Musim kita sudah pun tamat.”

Anak Piers, Spencer Morgan juga tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap pemain skuad kebangsaan Jerman itu.

“Saya dah cakap sebelum ini, saya akan cakap lagi. Havertz adalah pembelian terburuk dalam sejarah kelab.”

“Tak pernah saya kenal seorang pemain yang boleh menghilangkan kegembiraan menonton Arsenal lebih daripada dia.”

“Malas nak cakap berulang kali, tapi Havertz adalah pemain yang dibayar paling tinggi di kelab bola sepak ini.”

“£280 ribu seminggu selepas perpindahan £65 juta dan diperlakukan seperti budak pemalu pada hari pertama sekolah oleh golongan yang berpura-pura positif.”

“Akan sukar untuk dipercayai jika saya tidak perlu duduk dan menyaksikannya setiap minggu,” tambah Spencer lagi.