Usahawan dan pempengaruh terkenal, Liana Rosli atau Kak KM membidas pihak yang mempersoalkan dia menghadiahkan anaknya dengan barang yang mahal.

Sebelum ini Kak KM telah memuat naik satu video menunjukkan dia menghadiahkan anak lelaki tunggalnya, Faris sebuah kereta Mercedes Benz dan wang tunai RM10,000.

Ianya sebagai penghargaan kepada Faris yang berjaya mendapatkan keputusan 6A dalam SPM.

Ternyata ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Kak KM. Membuatkan dia bengang dan membalas kenyataan itu.

Dipetik daripada laman Xtra, Kak KM menyatakan ianya adalah terpulang kepada hak individu. Di mana setiap orang boleh bagi hadiah kepada anak mereka ikut suka hati mereka.

Lagipun, Kak KM menyatakan dia memakai wang dia sendiri dan bukannya meminta daripada orang lain. Seterusnya Kak KM sendiri menyaksikan kegigihan Faris dalam usahanya mahu mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Kak KM berkata: “Suka hatilah, kita mampu. Saya pun tak minta duit orang lain, saya pun tak menyusahkan sesiapa.

“Itu memang rezeki anak saya. Dia satu-satunya anak lelaki saya. Kita penat cari duit dan kita jangan kedekut dengan anak sebab sebagai ibu bapa pun kita menumpang rezeki mereka.”

Kak KM mendedahkan bahawa Faris sendiri terkejut dengan hadiah kereta itu. Kak KM membelikannya kereta memandangkan anaknya sudah berusia 18 tahun dan sudah ada lesen kereta.