Nama Ummi Nazeera merupakan antara pelakon wanita yang sentiasa berjaya membawa apa pun watak diberi dan dia sudah berkecimpung dalam industri hiburan tempatan lebih kurang 10 tahun.
Menerusi satu laporan, Ummi Nazeera mendedahkan bahawa dia pernah ‘sound’ seorang pendatang baru dalam industri hiburan kerana tidak menepati masa penggambaran.
Baca Juga:
- Disangka Mandikan Jenazah Sebenar, Lakonan Ummi Nazeera Sekali Lagi Dipuji Netizen
- Nama Dipetik Sebagai Selebriti ‘Berperangai Syaitan’, Mira Filzah Tampil Pertahankan Diri
- Abang Zizan Razak Terharu Terima Hadiah Motosikal Idaman Bernilai RM25,000
Menurutnya, dia tidak dapat menahan sabar apabila pelakon wanita itu sering lambat ke lokasi sehingga menyusahkan pelakon lain terutamanya pelakon senior.
“Nak menyusahkan saya yang masih ada energi ok lagi tapi ini menyusahkan orang tua. jadi saya termarah dia dalam nada yang agak tinggi.
“Dia buat benda tu berterusan, jadi saya mengamuk dekat dalam bilik. Saya cakap ‘jangan buat macam ni, sangat kurang ajar’.” ujar ummi.
Tambahnya, pelakon wanita terbabit menerima teguran dengan baik dan meminta maaf kepada semua pelakon dan pihak produksi.
Malah, hubungannya dengan pelakon wanita tersebut masih baik dan sentiasa bertegur sapa setiap kali bersu muka di mana-mana acara.
Dalam perkembangan lain, Ummi mengakui kini dia bukan sahaja memilih dari segi watak tetapi dia juga memilih dengan siapa dia bakal bekerjasama.