Pelakon wanita sensasi, Ummi Nazeera berharap agar netizen agar tidak memboikot drama terbaru lakonannya bersama dengan Aliff Aziz.

Ini selepas ramai netizen sudah mulai mahu memboikot drama yang dilakonkan oleh Aliff Aziz setelah artis tersebut sekali lagi terlibat kontroversi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kali ini dia ditangkap bersekedudukan dengan Ruhainies. Kedua dua pihak sudah menafikan mereka melakukan perkara tidak sepatutnya ketika bersama.

Sebaliknya mereka berkata, keadaan sebenar tidak seperti digambarkan media dan netizen.

Netizen masih panas hati dengan Aliff Aziz dan Ruhainies. Di media sosial mereka mengkritik Aliff Aziz dan Ruhainies sambil memberikan sokongan kepada Bella Astillah.

Namun Ummi Nazeera berharap agar netizen tidak memboikot drama terbarunya bersama Aliff Aziz.

Kerana menurut Ummi Nazeera itu adalah tidak adil kepada pelakon lain dan pihak produksi yang telah bertungkus lumus menghasilkan drama tersebut.

Selain daripada Ummi Nazeera dan Aliff Aziz, drama terbaru tersebut juga turut dibintangi oleh beberapa pelakon lain seperti Fazlina Ahmad Daud, Nafiz Muaz, Nina Smith dan beberapa nama lain lagi.

Di ruangan komen ada juga peminat berharap netizen tidak mencampur adukkan isu peribadi artis dengan karya seninya.

Kerana menurut mereka: “Apabila bekerja dia adalah seorang pelakon, jangan benci dia. Benci apa dilakukannya sahaja. Kita manusia, tiada yang sempurna.”

Namun ada juga menasihati syarikat produksi agar memboikot sahaja Aliff Aziz yang ternyata seorang artis bermasalah. Kerana dia memberikan impak kepada orang lain yang bekerja dalam projek yang sama.