Makanan adalah antara instrumen untuk mengikat silaturrahim. Kumpul bersama, masak bersama dan makan bersama. Detik-detik sebegitu pasti dinantikan. Tambahan pula dengan keenakan pelbagai hidangan di Hari Raya, ianya akan membuka selera. Jika anda mementingkan penjagaan berat badan, anda pasti mahu tahu kalori makanan yang dihidangkan itu. Maka, kami tampilkan 11 makanan popular sempena Hari Raya berserta nilai kalorinya.
1. Ketupat/Nasi himpit
88 kalori = 1 biji ketupat (80g)
124 kalori = 1 biji ketupat palas (80g)
150 kalori = 5 potong nasi himpit
2. Lemang
410 kalori = 5 potong lemang saiz sederhana
3. Kuah kacang
130 kalori = 1 senduk kuah kacang (50g)
4. Rendang
148 kalori = 1 ketul ayam dengan kuah rendang
224 kalori = 4 potongan daging sederhana dengan sedikit kuah rendang
5. Serunding
200 kalori = 55g serunding daging
180 kalori = 55g serunding ayam
6. Satay
400 kalori = 10 cucuk satay ayam (160g)
380 kalori = 10 cucuk satay daging (160g)
7. Biskut raya
500 kalori = 20 biskut raya (secara am)
8. Nasi dagang
510 kalori = 1 pinggan nasi dagang bersama kari ayam & acar sayur
9. Mee kari
530 kalori = 1 mangkuk mee kari (410g)
10. Laksa Johor
330 kalori = 1 mangkuk laksa Johor (250g)
11. Lontong
350 kalori = 1 mangkuk lontong berserta sayur
Sumber: Kevin Zahri, Pau Destinasi