Kamal Adli menafikan bahawa rumah tangganya sedang bergolak. Dan dia hairan ada pihak mendakwa hubungannya dengan isterinya, Uqasha Senrose sedang retak.

Kamal Adli memilih untuk tidak terlalu ambil pusing fitnah yang dilemparkan ke atas dia dan Uqasha Senrose. Dia lebih fokus kepada kerjayanya pada ketika ini.

Sambil menegaskan bahawa setiap pasangan suami isteri itu pasti akan ada dugaan dan ujian, namun dia mengingatkan bahawa setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya.

“Kalau bergaduh, saya faham perempuan itu kadangkala emosi, terutama sekali melibatkan anak,” tegas pelakon tersebut.

Kemudian dia kehairanan dengan cerita yang dibuat buat oleh segelintir pihak yang tak bertanggungjawab tentang kononnya rumah tangga dia dan Uqasha sedang bergolak.

Bercakap kepada mStar, Kamal Adli berkata: “Saya ada mendengar orang buat cerita. Namun saya tergelak sahaja. Saya sendiri tidak tahu isu apa yang mereka bangkitkan.”

Kamal Adli menyatakan bahawa dia baik baik sahaja dengan isterinya. Cuma dia juga akui Uqasha juga kadangkala jadi marah dan kecewa melihat komen komen di media sosial. Dia simpati dengan Uqasha Senrose yang terpaksa melihat komen toksik di media sosial.

Dia menasihati netizen agar tidak mempercayai perkara yang belum pasti kesahihannya. Kerana menurutnya, artis pun ada hati dan perasaan. Adalah lebih baik untuk semua pihak menjaga adab dan pertuturan.