Kamal Adli bersumpah atas nama Allah dan ibu bapanya, bahawa dia tidak pernah memukul Uqasha Senrose.

Pada masa yang sama dia sudah memberikan amaran awal awal kepada peguamnya bahawa isterinya, Uqasha Senrose akan menduhnya kaki pukul.

Uqasha Senrose baru baru ini menuduh suaminya itu kaki pukul sejak awal perkahwinan mereka, berlarutan sehingga 4 tahun mereka hidup bersama.

“Dia memukul saya, naik tangan, naik kaki, memaki hamun dan menengking saya, dari awal perkahwinan sampailah 4 tahun ini,” kata Uqasha.

Uqasha Senrose turut menyatakan bahawa dia selama ini berdiam diri untuk menjaga aib suaminya. Namun dia akhirnya mendedahkan bahawa dia ada bukti video dan gambar kesan penderaan rumah tangga diterimanya daripada Kamal Adli.

“Ketika saya mengandung pun dia masih boleh pukul saya,” kata Uqasha Senrose yang menurut peguamnya sudah membuat 3 laporan polis berkaitan kes tersebut. Sementara laporan keempat adalah dibuat oleh ibu bapa Uqasha Senrose.

Kamal Adli terkejut dengan dakwaan Uqasha Senrose dan pada masa yang sama sudah menjangkakan bahawa isterinya itu akan menuduhnya kaki pukul.

Kamal Adli berkata: “Uissh, ini salah ni… [sambil memberitahu peguamnya].. dah agak dah benda ni.

“Demi Allah, saya berani menjunjung Al Quran, menyatakan bahawa saya tidak pernah pukul isteri saya.

“Saya berani demi Allah dan atas nama emak ayah saya [menafikan tuduhan pukul isteri sendiri.

“Kenapa baru sekarang baru nak cerita kepada umum. Ada bukti laporan perubatan? Atau laporan polis? Atau video yang menunjukkan saya pukul dia? Tolong tunjukkan,” kata Kamal Adli.

Wartawan kemudian memberitahu Kamal Adli bahawa Uqasha Senrose sudah menunjukkan gambar dan video kecederaan yang didakwa kesan penderaan Kamal Adli.

Kamal Adli menjawab: “Saya pun ada gambar.”

Peguamnya kemudian berpendapat bahawa kecederaan itu boleh datang dengan pelbagai cara.

Kamal meneruskan: “Saya berani cakap, demi Allah saya tak pukul isteri saya, saya tidak angkat tangan, tumbuk dia.

“Ini dah biasa dah, ‘game’ seperti ini, tetapi tidak mengapalah. Ini adalah fitnah, dan demi Allah saya tidak pernah pukul isteri saya.”

Kamal Adli turut terkejud ketika dimaklumkan bahawa sudah ada 4 laporan polis ke atasnya berkaitan dengan penderaan dan keganasan rumah tangga.

@utusanmelayuplusofficial

Replying to @timz2103 Ini reaksi balas Kamal Adli mengenai dakwaan dera terhadap Uqasha. 📹 Amirul Fahmi | UM+. #cerai #uqashasenrose #kamaladli #fyp #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus