Bintang tv terkenal, Kamal Adli akui kecewa dan sedih melihat segelintir netizen yang mengecam dan mengutuk isterinya, Uqasha Senrose.
Pelbagai kritikan dilemparkan ke atas Uqasha Senrose selepas dia memfailkan permohonan cerai daripada Kamal Adli.
Hasri ini, Kamal Adli dan Uqasha Senrose Uqasha Senrose hadir di mahkamah bersama peguam masing masing untuk sebutan kedua kes penceraian.
Kamal Adli kemudian berhadapan dengan wartawan menyatakan bahawa dia bertekad mahu menyelamatkan rumah tangganya.
Oleh itu Kamal Adli meminta semua pihak jangan mengecam atau mengutuk isterinya, Uqasha Senrose. Hal ini kerana menurut Kamal Adli, dia memahami isterinya sedang tertekan dan stress kerana beban kerja.
Kamal Adli berkata: “Saya berada di sini [mahkamah] untuk menyelamatkan rumah tangga saya kerana saya sangat sayangkan isteri dan anak saya.
“Dan saya tak nak apa apa berlaku kepada rumah tangga saya. Dan apa yang berlaku dan kenapa saya berada di sini pada hari ini saya letak [tanggungjawab] atas salah saya sendiri.
“Dan saya memohon kepada semua orang, kepada netizen, tolong jangan tulis perkara yang tak elok tentang isteri saya, jangan kecam dia, kerana dia sekarang tengah penat dan stress bekerja.
“Saya faham perkara itu, kerana ia terlalu berat untuk dia dan saya mengendalikan perkara seperti ini.
“Kami berdua masing masing pertama kali ke tempat seperti ini [mahkamah]. Jadi saya memohon agar tulislah perkara yang baik baik tentang isteri saya.
“Kalau kamu semua mahu kutuk, sila kutuk saya seorang sahaja, jangan libatkan dia dan buat dia rasa stress.
@xtra_my Kamal Adli memohon kepada semua orang agar tidak menulis atau memberi sebarang kecaman terhadap isterinya, Uqasha Senrose berikutan kes penceraian mereka. #fyp #xtra #kamaladli #uqashasenrose #cerai