Arteta telah mendakwa bahawa Arsenal sepatutnya sudah memiliki 2 kejuaraan EPL berdasarkan kutipan mata yang mereka buat dalam 2 musim sebelum ini.

Ianya respon kepada kejayaan Liverpool yang secara rasmi dinobatkan sebagai juara selepas kemenangan 5-1 ke atas Tottenham Hotspur bulan lepas, dengan hanya 82 mata diraih.

Liverpool ke wembley

Sebagai perbandingan, Arsenal mengumpul 89 mata pada musim lalu dan 84 mata pada tahun sebelumnya. Namun kedua-dua kempen berakhir dengan kekecewaan apabila Manchester City merangkul kejuaraan di hadapan mereka.

Arteta, yang masih memburu kejuaraan utama pertamanya sejak menjulang Piala FA pada musim sulungnya pada 2020, percaya jumlah mata yang berbeza menggariskan peranan kritikal masa dalam kejayaan bola sepak.

Kejuaraan EPL masih lagi menjadi impian buat peminat Arsenal setelah kelab itu kemarau kejuaraan tersebut lebih 2 dekad lamanya. Selain itu peminat juga berharap Arsenal akan dapat menjulang UCL pertama mereka musim ini.

arsenal sedia rosakkan impian liverpool

Walaupun The Gunners terlepas gelaran domestik sekali lagi, Arteta dan skuadnya masih mempunyai peluang untuk menamatkan musim dengan cemerlang, ketika mereka bersiap sedia untuk menentang Paris Saint-Germain dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara pada awal pagi esok waktu Malaysia.

Arsenal ada 2 kejuaraan EPL berdasarkan prestasi, kata Arteta

Sebelum perlawanan, Arteta berkongsi perspektifnya mengenai cabaran memenangi trofi dan berkata, “Kami akan cuba lakukan musim ini. Memenangi trofi juga adalah mengenai berada di masa yang betul, di tempat yang betul.

Arteta Arsenal

“Liverpool telah memenangi kejuaraan dengan mata yang sedikit daripada yang kami perolehi dalam dua musim lepas. Dengan mata dua musim terakhir, kami bole meraih dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

“Dan Semoga kami berada di tempat yang tepat di sini. Jadi, anda berada di tempat yang tepat, masa yang tepat, di tempat yang betul Paris esok, untuk mendapatkan hak untuk berada di final.”

Arsenal akan berdepan dengan PSG yang berjaya membawa bekalan tipis dari Emirates minggu lalu. Arsenal dan PSG masing masing belum pernah menjulang UCL.

Mereka akan menentukan siapa akan mara ke final menentang Inter Milan yang menyingkirkan Barcelona awal pagi tadi waktu Malaysia.

Inter Lebur Impian Treble Barcelona Di San Siro