Syamsul Yusof didakwa ‘hilang’ dari media sosial selepas dipercayai aktif di Instagram pada November tahun lalu dan sejak itu tiada sebarang hantaran di kongsikan.

Susulan hal itu, bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah mengatakan tidak mengetahui perkara terbabit dan dia hanya berhubung dengan Syamsul mengenai urusan anak-anak sahaja.

Baca Juga:

“Kita semua dekat KL saja, kalau katakan raya pertama itu dia nak datang jumpa anak-anak okay saja. Saya pun masih berhubung dengan dia, cuma untuk anak-anak saja.

“Sebenarnya saya pun tak tahu (Syamsul lama tak aktif IG). Apa yang saya tahu, dia datang untuk jumpa anak-anak saja.

“Saya pun tak pernah tanya apa-apa dekat dia kalau dia mesej nak ambil anak. Ikutkan waktu dia ambil anak pun saya tak ada. Sebab saya sibuk dengan perniagaan.

Untuk rekod, Puteri Sarah pernah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.