Cristiano Ronaldo penuh emosi kegembiraan selepas negara kecil seperti Portugal menewaskan Sepanyol 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final – selepas seri 2-2 untuk 120 minit – untuk menjuarai Liga Negara-Negara Eropah 2025.

Cristiano Ronaldo, yang menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua, menjulang trofi antarabangsa utama ketiga bersama Portugal.

Portugal Juara Piala Negara Negara Eropah Kali Kedua Selepas Tewaskan Sepanyol

Ronaldo bangga dapat menjulang trofi bersama Portugal sekali lagi. Dan dia menyatakan bahawa trofi bersama pasukan kebangsaan jauh lebih bermakna berbanding dengan mana mana trofi bersama kelab.

Ronaldo memiliki banyak sekali trofi bersama kelab terutama sekali 5 UCL dan 5 Ballon d’Or. Namun 5 UCL dan 5 Ballon d’Or itu Ronaldo masih sanggup untuk gadaikan demi 1 trofi untuk Portugal menurutnya.

Ronaldo Martinez
Kredit Foto: REUTERS/Kai Pfaffenbach

Ronaldo memenangi trofi antarabangsa pertama bersama Portugal pada 2016 setelah beberapa kali kecewa sebelum itu.

Pemain berusia 40 tahun itu kini mencatatkan jaringan profesional ke-938 dalam kerjayanya — satu pencapaian yang mencerminkan keazamannya.

Dia kini telah memenangi tiga perlawanan akhir daripada tiga yang dia mainkan bersama Portugal, Ronaldo menyifatkan kemenangan ini sebagai hari yang luar biasa dan penuh makna untuk dia dan negara kecilnya Portugal.

Dia berkata: “Satu kegembiraan yang sangat luar biasa. Pertama sekali, untuk generasi ini yang selayaknya untuk meraih gelaran ini.

“Untuk keluarga saya — mereka ada berada di sini. Menang [trofi] untuk Portugal sangat istimewa. Saya telah memenangi banyak gelaran [trofi], tetapi tiada apa yang boleh dibandingkan dengan kejayaan bersama Portugal.”

Cristiano Ronaldo: ‘Kami negara kecil bercita cita besar’

Sambil menahan air mata kegembiraan, Ronaldo turut menekankan cita-cita Portugal sebagai sebuah negara kecil dengan impian besar.

Cristiano ronaldo

Penyerang legenda itu berkata lagi: “Air mata dan rasa tanggungjawab, ia sangat indah. Saya sudah tinggal di banyak negara. Apabila bercakap tentang Portugal, ianya berbeza.

“Lihatlah, adalah negara kami, rakyat kami, kami adalah sebuah negara kecil tetapi bercita-cita besar. Menjadi kapten kepada generasi ini adalah satu penghormatan untuk saya.

“Saya sangat gembira. Ini hari yang istimewa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang. Mereka menjadikan hari saya luar biasa. Mereka menjadikan malam saya tidak dapat dilupakan, boleh saya katakan begitu.”

Ronaldo kemudian menyatakan di akan fokus dahulu kepada pemulihan kecederaan dialaminya dalam perlawanan final tersebut. Pemain itu akui dia beraki dalam kesakitan, namun memilih untuk meneruskannya demi negara. Sehinggalah dia benar benar tidak mampu lagi meneruskannya.

@optussport

Cristiano Ronaldo just loves Portugal 𝙎𝙊 𝙈𝙐𝘾𝙃 😍 ‘Winning titles is the pinnacle. Captaining this generation makes me so proud!’ #UNL #NationsLeague #Portugal #Ronaldo

♬ original sound – Optus Sport – Optus Sport

Portugal sebelum ini tidak pernah layak ke perlawanan akhir kejohanan besar sehingga tahun 2004. Kini, setelah muncul dan memenangi tiga perlawanan akhir utama dalam tempoh sepuluh tahun lalu, jelaslah bahawa negara Eropah kecil itu telah melangkah jauh dalam dunia bola sepak antarabangsa.