Pada awal minggu ini tular pasangan YouTuber UK diminta untuk membayar RM100 sebagai ‘duit kopi’ selepas ditangkap oleh polis trafik di Malaysia kerana memandu melebihi had laju.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mendedahkan bahawa tiga identiti anggota yang terlibat sudah dikenal pasti dan telah direman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu kemas kini Facebook TREAD the Globe, pasangan itu memaklumkan bahawa mereka sudah pun memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Berikutan video terakhir, kami mengesahkan bahawa kami telah berkomunikasi dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

“Kami telah memberikan mereka rakaman video tidak disunting, tarikh, masa dan lokasi kejadian.

“Mereka (pihak PDRM) telah memohon maaf dan mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat kejadian tersebut, serta tiada tiket saman yang tertunggak,” petik perkongsian Facebook YouTuber UK itu.

Pada masa sama, Chris & Marianne menjelaskan insiden yang berlaku tidak menjejaskan rasa sayang mereka terhadap Malaysia, sebaliknya mereka akan kembali semula ke negara ini.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan pada hantaran Facebook itu, ramai mengucapkan terima kasih kerana secara tidak langsung ‘mendedahkan’ korupsi yang dilakukan oleh segelintir anggota yang tidak bertanggungjawab.

Netizen juga mengucapkan tahniah kepada Chris & Marianne kerana tetap positif walaupun ‘peristiwa hitam’ itu sedikit sebanyak mengganggu pengalaman mereka semasa menjelajah Malaysia.