Seorang kanak kanak perempuan di Thailand dikejarkan ke hospital dan mengalami kerosakan otak selepas secara tidak sengaja overdose ganja.
Ini selepas kanak kanak perempuan itu memakan 10 biji gula gula beruang atau gummy bears yang sebenarnya gula gula ganja.

Di Thailand kerajaan negara itu sudah membenarkan penjualan ganja untuk kegunaan harian pada kadar terkawal atau untuk tujuan rekreasi.
Namun akibat tidak menyimpan gula gula yang berperisa kanabis itu, dan meletakkannya merata, seorang kanak kanak perempuan menjadi mangsa dan berisiko maut kerana overdose.
Dia dikatakan telah memakan 10 biji gula gula ganja itu ketika keluarganya bertamu ke rumah saudara mereka sempena harijadi sepupunya.
Menurut bapanya, yang merupakan guru tadika, dia terkejut melihat anak perempuannya menunjukkan gejala aneh — mengantuk, mata separuh terpejam, dan hilang selera makan.
Ibunya segera membawa gadis kecil itu ke hospital, tetapi doktor pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.
Selepas disoal siasat, keluarga mendapati ada seorang tetamu majlis hari jadi membawa gula gula cannabis dan dengan cuai tidak menyimpannya di tempat selamat.
Kanak kanak perempuan yang masih kecil itu telah memakannya kerana gula gula itu seperti gula gula yang biasa dimakan kanak kanak.
Kanak kanak perempuan overdose ganja
Doktor mengesahkan jumlah yang dimakan kanak kanak itu terlalu tinggi dan menyebabkan keracunan yang teruk atau akut.
Kanak-kanak itu tidak sedarkan diri selama 24 jam di ICU. Selepas dibenarkan keluar pada petang Jumaat, dia terpaksa dimasukkan semula beberapa jam selepas itu, kerana demamnya melonjak tinggi serta mengalami halusinasi berterusan.
Ayah buntu, insurans tidak ‘cover’ kes berkaitan overdose dadah
Ayah kepada kanak kanak itu kini mahu menyaman pasangan yang membawa gula gula ganja tersebut. Dan mahu mereka menanggung semua kos perubatan yang mencecah lebih 50,000 baht atau sekitar RM6,912
Ianya selepas insurans perubatan yang dilanggan oleh ayahnya untuk keluarganya tidak menanggung sebarang isu yang berkaitan dengan overdose dadah atau penggunaan bahan terlarang lain.
Oleh itu, ayahnya sudah membuat laporan polis dan menyerahkan dua buji gula gula ganja kepada polis sebagai bukti. Kerana menurutnya, anaknya menjadi mangsa kecuaian pihak lain.
Menteri campur tangan
Kejadian ini menarik perhatian Menteri Kesihatan Thailand, Somsak Thepsuthin, yang segera memberi arahan kepada FDA dan pejabat kesihatan negeri supaya mengenakan tindakan tegas terhadap pengeluar atau penjual makanan atau minuman yang melebihi kadar THC dibenarkan.

Ini termasuk tindakan undang undang yang lebih tegas kepada mereka yang ingkar.
Undang‑undang semasa boleh mengenakan denda sehingga 30,000 baht dan hukuman penjara sehingga tiga tahun — lebih berat jika kandungan THC (kanabis) melebihi had dibenarkan .