Kekejaman regim Israel terhadap penduduk Palestin kini menjadi perbualan hangat di media sosial. Selain menyalurkan bantuan kewangan, orang ramai juga melakukan demonstrasi untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin.

Terbaharu, satu fenomena unik berlaku apabila sebuah video permainan berjudul Roblox yang memperlihatkan sejumlah pemain melakukan protes sebagai tanda solidariti Palestin secara virtual menjadi tular di internet.

Baca Juga:

Apa yang menariknya, permainan yang biasa didominasi oleh kanak-kanak ini telah berjaya mengumpulkan seramai 200 pemain di dalam perhimpunan virtual tersebut.

Karakter mereka dilihat mengibarkan bendera Palestin bersama negara yang mewakili yang mana majoritinya adalah warga Malaysia. Malah, dilaporkan perhimpunan ini juga disertai beberapa negara lain yang turun ke dalam perhimpunan solidariti maya itu.

Di samping itu, terpampang jelas banner yang tertera Solidarity Untuk Mu Palestin berserta kibaran bendera Palestin menerusi sepanjang jalan di dalam permainan itu.

Di samping itu, seorang pengguna X daripada Algeria telah berkongsi bahawa sepupunya yang berusi 15 tahun telah menyertai protes di dalam roblox itu. Selepas itulah, sejumlah media popular mula berkongsi video tersebut kerana dianggap unik dan kreatif.

Menerusi pencarian kami, perhimpunan solidariti ini memang diadakan oleh seorang streamer tempatan bernama Cikgu Zyd Gaming. Jadi, tidak hairanlah boleh dilihat sejumlah pemain mengibarkan bendera Malaysia dan berbual dalam bahasa melayu.

@cikguzyd

Solidarity untukmu P4lest!n. Berjuang cara kita #cikguzyd #zydverse #ceviralskit #roblox #robloxfyp #robloxtiktok

♬ إيدي بإيدك نحمي الأقصى – Instru Clavist DZ

Bahkan, orang ramai memberikan reaksi yang baik dan berminat untuk menyertai perhimpunan solidariti seterusnya. Siapa sangka dengan menggunakan platform permainan juga boleh menjadi satu cara kita menunjukkan tanda sokongan terhadap Palestin di samping memberi kesedaran kepada kanak-kanak.

Sumber