Martabat bahasa kebangsaan adalah amat penting bagi sesebuah negara dan bangsanya. Ia bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga cerminan identiti, kedaulatan, dan perpaduan.
Namun, pada hari ini boleh lihat bahasa kebangsaan kita telah dicemari dalam sedar atau tidak kerana memang terdapat sebahagian pemilik bisnes yang mencetak bahan siaran dengan penggunaan tatabahasa atau ejaan yang salah.
Baru-baru ini, seorang wanita bernama Aina Ab Rahman memuat naik satu video yang memperlihatkan kesalahan ejaan pada menu makanan yang dipaparkan di sebuah kedai makan.
Di dalam video itu, kelihatan sejumlah makanan yang dilabelkan dengan ejaan yang salah padanya. Kedai didapati menawarkan pelbagai makanan dari resepi Indonesia.
Antara makanan yang disalah label adalah terror balado (terung balado), tahu teme (tauhu tempe), udang baldo (udang balado), lele penyaet (lele penyet), kangkung balance (kangkung belacan), ikan kambung (ikan kembung) dan nasi kukus ayam brempa (nasi kukus ayam berempah).
Walaupun menjual juadah Indonesia, negara kita masih mempunyai ejaan rasmi bagi kesemua makanan yang bertepatan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.
@ainabrahman Walaupun salah eja, tapi kami faham.
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Oleh itu, sebahagian netizen mempersoalkan akan kegagalan membuat semakan oleh pemilik kedai terhadap bahan yang mahu disiarkan sebenarnya boleh mencemari bahasa kebangsaan dan jati diri bangsa.
Dengan penyalahan penggunaan ejaan ini juga menimbulkan syak wasangka bahawa kedai ini beroperasi di bawah pengurusan warga asing.

Sementara yang ada yang berpandangan ia sekadar marketing yang murah untuk menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi apabila menjadi bualan hangat di media sosial jika dirakam oleh orang yang lalu lalang.
Apa pula pandangan anda dalam hal ini, adakah wajar meremehkan bahasa kebangsaan dek kerana untuk marketing sebegini kalau ia benar-benar memang dibuat untuk itu?