Ini adalah pengalaman seorang kakitangan Vocket, Tuan Faiz Edzahar menaiki Uber Black sempena cuti Tahun Baru.

30 minit bersama pemandu Uber Black.

Perjalanan: Suria KLCC ke Kelana Jaya

Kenderaan: Honda Accord.

Menurut Tuan Kannan, sudah 1 tahun dia jadi pemandu Uber Black. Menetap di Batang Kali, Selangor. So, dia berulang-alik.

uber-black
Gambar tepi Kannan, pemandu Uber Black. Gambar oleh Faiz Edzahar.

Akan keluar rumah dalam pukul 6 atau 7 pagi setiap hari bekerja (Isnin – Jumaat). Biasanya akan mula beroperasi dalam jam 8 atau 9 pagi. Waktu cuti umum atau hujung minggu, akan keluar sedikit lewat.

Mempunyai beberapa pelanggan tetap yang akan menempah perkhidmatan Uber yang dijalankan pada hari bekerja. Semua pelanggan tetap adalah expatriate.

Kenapa expatriate? Mereka ini simple. Booking – ride – get off dan jarak yang berbaloi.

Selain daripada itu pengguna tempatan yang tempah Uber Black ramai (tidak semua) yang main-main. Pernah rakannya yang pandu Audi kena bawa engineer pergi masuk ke tapak pembangunan. Lepas tu, bila nak keluar kereta sangkut kat lecak.

Kerjanya sebelum ini sebagai Hire Purchase Senior Exec di CIMB. Siapa kerja bank tahulah tekanan dia macam mana. Jadi Kannan ambil keputusan untuk keluar dari zon tersebut.

Yang bagusnya Kannan ini, dia sempat rebut beberapa peluang untuk dapatkan hartanah (3 buah rumah) dan kemudahan lain semasa di CIMB selama 6 tahun.

Di situ, untuk dua rumah dia dapat passive income dan jadikan Uber sebagai active income.

Bila ditanya tentang earning. Dia kata sangat-sangat baik berbanding kerja sebelum ini. Selepas tolak duit kereta, servis, rumah, bil utiliti dan lain-lain bayaran tetap, dapatlah sekitar RM7500-RM8000 bersih. Ya, BERSIH.

Itulah kisahnya.

Kos aku?

RM47.39 + ilmu + network (dan gembira di Tahun Baru bersama isteri dan anak).

kannan-uber

Nota: Rate 5 bintang untuk Kannan kerana pemanduan yang berhemah, keretanya yang kemas, peramah dan ada air minuman serta gula-gula yang boleh diambil oleh penumpang.

Kannan Bermula

Permulaan, Kannan buat sekadar suka-suka. Jumaat, Sabtu, dan Ahad.

Mula serius apabila dia nampak boleh tampung kos kenderaan dan lain-lain kos berkaitan Honda Accord yang dimiliki olehnya.

Pesan dia, jika ada dikalangan daripada anda mahu bermula dengan Uber. Boleh mula pada hari yang dia cadangkan iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Itu pun jika anda ada kerja lain. Kemudian anda lihat, dari 3 hari tersebut, berbaloi atau tidak untuk anda move on dari kerja yang anda lakukan sekarang.

Uber sangat menjaga kualiti dikalangan pemandu yang mereka approve. Rating 4.3/5 ke bawah adalah terrible.

Memandangkan operasi Uber dan GrabCar kemungkinan akan dibenarkan oleh SPAD. Setakat ini syarat untuk jadi pemandu;

  • Dapatkan lesen PSV supaya sah membawa orang awam. Secara ringkas PSV ini lesen untuk teksi dan limo.
  • Lakukan pemeriksaan kenderaan yang berdaftar di Puspakom setiap 6 bulan.

Namun syarat ini hanya cadangan dalam mesyuarat, belum lagi ditandatangani secara sah.

Dari pihak Uber, kalau tiada lesen teksi pun boleh mula. Mungkin syarat kena ada lesen tersebut selepas beberapa bulan operasi. Ini hanya ura-ura yang dia dengar, mungkin selepas sign dengan SPAD anda perlu follow the rule.

+ Daftar jadi pemandu dan jana wang melalui platform Uber di sini

Ride Percuma

Anda berpeluang untuk mendapatkan free ride dan kredit sebanyak RM20 sekiranya anda mendaftar Uber di sini

BACA: Bagaimana Uber Mengubah Lanskap Industri Teksi Toronto Yang Menganiaya Pemandu

TONTON: Pensyarah Dapat RM2,000 Seminggu Bawa Uber

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram