Seorang wanita di Sumatera Selatan, Indonesia bertindak menyimbah asid ke kemaluan suaminya sehingga menyebabkan kecederaan parah selepas beliau menikah buat kali kedua.
Wanita yang hanya dikenal dengan nama VI itu menyimbah asid dan juga air sambal ke kemaluan suaminya sehingga menyebabkan luka melecur di beberapa bahagian badan.
Baca Juga:
- Anthony Ammirati Kecewa ‘Adik’ Jadi Punca Gagal Menang Pingat
- Ekoran Insiden ‘Adik’ Tersangkut, Atlet Perancis Ini Terima Tawaran RM1.1 Juta Daripada Laman Dewasa
- Kerana ‘Adik’ Tersangkut, Atlet Perancis Ini Gagal Raih Pingat
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis tempatan, VI berasa emosi dan gagal untuk menahan kemarahan selepas mengetahui suami beliau menikah buat kali kedua.
“Suspek merupakan seorang suri rumah dimana beliau menyimbah asid sulfurik pekat dan air sambal ke kemaluan suaminya sehingga menyebabkan luka melecur,” kata pihak polis.
Kejadian bermula selepas suspek melihat gambar mangsa di laman media sosial Facebook bersama wanita lain di pelamin sekaligus merasa dikhianati kerana menikah kali kedua tanpa sepengetahuan beliau.
“Suspek merasa dikhianati oleh mangsa dan terus menyimbah asid dan air sambal yang disimpan di satu botol minuman. Mangsa yang tidak terima dengan perbuatan itu terus membuat laporan di balai terdekat,” tambahnya.
Mangsa mengalami luka melecur di beberapa bahagian badan seperti muka, dada, paha dan juga kemaluan beliau.
Selepas kejadian, mangsa terus membuat laporan polis di balai terdekat dan pihak berkuasa terus menjalankan siasatan dan menangkap VI yang sempat bersembunyi.
Suspek berdepan dengan hukuman 10 tahun penjara atas perbuatannya itu.