Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC (SFC), Dr Johan Kamal Hamidon mendedahkan tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim sebenarnya disimbah asid sulfurik pekat sehingga melecur ke tahap empat.

Menurutnya, pakar perubatan akan menggunakan sejenis ubat khas dari Australia kepada Faisal untuk membantu memulihkan kecederaannya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan Faisal untuk terus kuat dan kembali pulih.

“Keadaan kecederaannya agak serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk. Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat,” katanya dalam Berita Harian.

Pendedahan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Asid sulfurik (sulphuric acid) pekat, H2SO4, ialah cecair yang tak berwarna tetapi sangat berbahaya kerana sangat mengkakis (corrosive) dan mengakibatkan kulit melepuh dan melecur. Kesannya sangat teruk jika terkena kulit.

Seorang pengguna laman sosial menjelaskan asid sulfurik ini mudah didapati di kedai hardware. Ia biasannya digunakan untuk mengatasi masalah paip tersumbat.

Kejadian simbah asid itu telah menyebabkan negara kini bakal kehilangan seorang bintang yang banyak berjasa. Ia adalah antara hari yang paling gelap dalam bola sepak Malaysia.

Ini adalah kejadian kedua yang melibatkan seorang lagi pemain Harimau Malaya selepas Akhyar Rashid dipukul dan disamun sehingga menerima jahitan di kepala serta kaki pada khamis lepas.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon perlu mencari pemain lain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Faisal dan Akhyar.

Malaysia dijadualkan berdepan Kyrgyzstan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada 6 Jun sebelum menentang Taiwan pada 11 Jun.

Kemenangan amat penting untuk mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2027 dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.