Baru-baru ini tular video seorang lelaki berambut perang, Derrick Gan yang menitiskan air mata ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Korea Selatan di Piala Asia 2023.

Ada kisah menarik disebalik tangisan itu apabila beliau dilaporkan telah menjual motosikal kesayangannya demi mencari dana untuk ke Qatar bagi memberikan sokongan padu pada skuad Harimau Malaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kisah itu turut menarik perhatian pemain sayap negara, Faisal Halim yang kini sedang mencari lelaki itu untuk dihadiahkan sebuah motosikal baharu.

“Blast Active dan Faisal Halim mencari insan ini untuk kami berikan moto baru kepada beliau. Siapa yang ada nombor beliau, mesej saya. Dia sampai je Kuala Lumpur nak kasi motor baru terus,” tulis Blast Active menerusi instagram story.

Sebelum ini, ada seorang lagi individu turut berminat untuk memberikan Derrick sebuah motosikal baharu.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Alhafiz Najmi mengatakan akan memberikan ganjaran kepada Derrick iaitu sebuah motosikal jenis Honda RS150.

Namun ganjaran tersebut bersyarat iaitu hanya akan diberikan kepada Derrick jika hantaran terbabit meraih 10,000 perkongsian daripada pengguna Facebook.

Difahamkan, motosikal itu adalah sumbangan bersama dengan Ahmad Motorworks dan Izan Pa’an.

“Saya tak minta dana atau collect dari korang. Saya hanya minta sokongan atau setuju dari korang.

“Andai kata post saya ni capai 10k shares, saya berikan sebiji Honda RS150 pada abang Derrick Gan yang sanggup menjual Yamaha Lc135 5s miliknya. Tanda sokongan kita pada beliau.

“Derrick Gan tidak patut hanya diberi pujian. Beliau patut diberi penghargaan,” tulis Ahmad Alhafiz.