Ketegangan berpanjangan antara Iran dan Amerika Syarikat telah mengubah Selat Hormuz menjadi zon navigasi yang berisiko tinggi, sekali gus mencetuskan pelbagai halangan logistik dan kewangan.
Menerusi hantaran ringkas media sosial Kedutaan Iran di Malaysia, kapal Malaysia menjadi yang pertama melalui Selat Hormuz setelah sekian lama kapal-kapal dari seluruh dunia terkandas.
Baca Juga:
- ‘Malaysia Negara Mesra, Percuma Lalu Selat Hormuz’ – Duta Iran

- Iran Pertimbang Buka Selat Hormuz, Tapi Syarat ‘Ketat’ Ini Bakal Gegar Ekonomi AS

- Penutupan Selat Hormuz: ‘Harga Petrol BUDI95 Boleh Bertahan Hingga 2 Bulan Lagi’ – Anwar Ibrahim

Pada masa sama turut mengingatkan bahawa Iran tidak melupakan sahabat-sahabatnya.
“Kami telah menyatakan bahawa Republik Islam Iran tidak melupakan sahabat-sahabatnya. Kapal Malaysia yang pertama telah melalui Selat Hormuz,” kongsi kedutaan itu.
We had said that the Islamic Republic of Iran does not forget his friends.The first Malaysian ship passed through the Strait of Hormuz
Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya.Kapal Malaysia yang pertama yang telah melalui Selat Hormuz pic.twitter.com/prDkzivJSO
— Iran Embassy In Malaysia (@iraninmalaysia) April 6, 2026
Terdahulu, Duta Iran, Valiollah Mohammadi Nasrabadi menyatakan kapal-kapal Malaysia dibenarkan untuk merentasi Selat Hormuz secara percuma.
“Tiada masalah kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mesra, dan negara-negara mesra boleh menggunakan selat tersebut,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama New Straits Times di Kedutaan Iran di sini pada akhir bulan lalu.