Sejak semalam, luahan seorang lelaki yang berkongsi pengalaman buruknya semasa menaiki penerbangan MYAirline dari Langkawi ke Kuala Lumpur telah menjadi bualan ramai orang.
Menurut dakwaan lelaki terbabit, kru kabin enggan memberi tali pinggang keselamatan khas kepada anaknya berusia 2 tahun 5 hari biarpun mereka meminta secara baik disebabkan anaknya enggan duduk bersendirian semasa pesawat hendak berlepas.
Baca Juga:
- Hampir Dihalau Keluar Pesawat, Lelaki Ini Kesal Terima Layanan Buruk Kru Penerbangan Tambang Murah Yang Tiada Empati
- Sudah Mula Beroperasi, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Menaiki Penerbangan MYAirline
Malah, kapten kapal membuat pengumuman meminta anaknya duduk atau berdepan dengan tindakan dihalau keluar dari pesawat sekiranya tidak mematuhi arahan yang diberikan.
Susulan insiden yang tular tersebut, ada beberapa penumpang dalam kapal terbang terbabit menjelaskan bahawa keadaan ketika kejadian tidaklah seteruk yang digambarkan oleh pengadu tetapi situasi dilihat terkawal.
“Kanak-kanak itu pakai seat belt selepas salah seorang pramugara datang memujuk, dan semua penumpang bertepuk tangan. Itu sahaja,” kata Ho Ferra.
Seorang lagi saksi kejadian, Capitz Sudin menjelaskan, kapten kapal juga tidak mengugut untuk menghalau kanak-kanak itu keluar, hanya akan berpatah balik ke parkir sebab sudah mengganggu jadual perjalanan.
Dalam pada itu, MYAirline tetap membuat permohonan maaf kepada keluarga berkenaan dan akan melakukan siasatan serta tindakan bagi menambahbaik perkhidmatan mereka di masa akan datang.