Amalan sedekah merupakan salah satu amalan terpuji di dalam Islam. Bahkan Tuhan telah menjanjikan rezeki yang melimpah ruah, meghapuskan sikap sombong dan banyak lagi kepada mereka yang gemar bersedekah.
Di Malaysia, kita sering melihat orang bersedekah dalam bentuk wang ringgit mahupun keperluan harian. Namun, kali ini sedikit berbeza apabila seorang pelanggan GrabFood ini membuat pesanan makanan tetapi bukan untuk dirinya namun untuk rider yang menghantar makanan tersebut.
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter yang dimuat naik oleh @runqifadamha, beliau telah berkongsikan pengalamannya bertembung dengan seorang pelanggan yang berhati mulia
https://twitter.com/runqifadamha/status/1206791314588614657
Berdasarkan caption perkongsian tersebut, beliau menceritakan bahawa pelanggan tersebut telah membuat pesanan makanan segera melalui aplikasi GrabFood namun makanan itu bukan dibeli untuk diri sendiri, sebaliknya untuk rider berkenaan, iaitu dirinya.
Malah dalam pesanannya, pelanggan berkenaan menulis mesej memberitahu bahawa perbuatannya itu adalah ikhlas dan meminta agar pemuda itu untuk mengisi perutnya sebelum menyambung kerja.
Rata-rata netizen memuji kebaikan hati pelanggan berkenaan. Ada yang mengatakan cara sedekah ini tidak pernah terfikir oleh orang ramai.
https://twitter.com/erulnyyzam/status/1207127622016102400
https://twitter.com/xapxelur/status/1207150764088410112
alhamdulilah rezeki awk. orang itu nak bersedekah.
— MrJanda (@nr_fZLy) December 18, 2019
Diharapkan dengan perkongsian ini mampu membuka mata orang ramai tentang kelebihan bersedekah ini. Amalan sedekah ini tidak tertumpu kepada wang ringgit sahaja, bahkan konsep sedekah itu sangat luas.
Ketahui perbezaan zakat dan sedekah yang sering menjadi kekeliruan masyarakat. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Perbezaan Zakat Dan Sedekah Yang Sering Menjadi Kekeliruan Masyarakat
Rakaman Wanita Ini Minta Sedekah Sambil Berjudi Cetus Perdebatan Antara Netizen
Sedar Tidak Ramai Membawa Tunai, Peminta Sedekah Ini Sediakan Penerimaan Secara ‘E-Wallet’