Karim Benzema anggap CR7 bukanlah GOAT. Kerana ada pemain lain lebih layak.

Sebelum ini CR7 mendakwa dia adalah GOAT dalam bola sepak kerana dia adalah pemain paling lengkap.

“Saya pemain paling lengkap yang pernah ada. Untuk mengatakan bahawa Cristiano tidak lengkap adalah satu pembohongan,” kata Ronaldo.

ACL Elite
FILE PHOTO: Soccer Football – Asian Champions League – Group B – Al Nassr v Al Rayyan – Al-Awwal Park, Riyadh, Saudi Arabia – September 30, 2024 Al Nassr’s Cristiano Ronaldo celebrates scoring their second goal REUTERS/Hamad I Mohammed/File Photo

“Anda mungkin lebih suka Pele, Messi, Maradona, saya faham dan menghormatinya.”

“Saya melakukan segala-galanya dalam bola sepak. Saya bermain dengan baik dengan kepala saya, saya mengambil sepakan percuma yang baik, saya mampu menggunakan kaki kiri, kaki kanan, saya kuat.

“Untuk mengatakan bahawa Cristiano tidak lengkap adalah satu pembohongan, saya yang paling lengkap,” tegas penggempur Al Nassr itu.

Karim Benzema kemudian memberikan pandangannya tentang GOAT. Menurutnya setiap orang ada pandangan tersendiri.

Karim Benzema Anggap CR7 bukan GOAT

Namun pada pandangannya, Cristiano Ronaldo malah bukan ‘Ronaldo’ terbaik dalam sejarah.

Kenapa Karim Benzema anggap CR7 bukan GOAT? Alasannya, Cristiano Ronaldo malah bukan ‘Ronaldo’ terbaik sepanjang zaman sekalipun.

Penyerang asal Perancis itu dengan terbuka menyatakan bahawa pada pandangannya Ronaldo terbaik adalah Ronaldo yang berasal dari Brazil.

ronaldo

Karim Benzema berkata: “Rasanya, semua orang boleh menyembang apa yang mereka suka. Jika dia [Cristiano Ronaldo] rasa diri dia pemain terbaik dalam sejarah, maka itu baik baik sahaja.

“Ia bergantung kepada pandangan seseorang. Pada pandangan saya pula, Ronaldo terbaik adalah Ronaldo dari Brazil.

“Saya sebenarnya tak suka membandingkan antara pemain, mereka ada kisah mereka tersendiri. Dan dia [Cristiano Ronaldo] pun ada kisah dia tersendiri. Dan kisahnya sangat bagus.”

Ronaldo Fenomeno adalah idola Karim Benzema. Ronaldo R9 kerap digelar ‘original Ronaldo’ oleh peminatnya. Pemain itu antara pemain terbaik sepanjang zaman.