Karim Benzema simpati dengan Vinicius Jr yang gagal memenangi Ballon d’Or 2024 baru baru ini.
Di mana Rodri telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d’Or 2024, setelah membantu Man City menjuarai Liga Perdana Inggeris untuk kali keempat berturut turut serta membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024.
Benzema menegaskan bahawa jika dibandingkan antara Vini dan Rodri, tiada apa yang membuatkan dia teruja dengan aksi Rodri berbanding bekas rakan sepasukannya di Madrid itu.
Vinicius membuatkan Benzema benar benar teruja menonton aksinya. Jadi bekas pemenang Ballon d’Or itu percaya Vinicius Jr telah dirampas kemenangannya kali ini.
Benzema berkata: “Saya bercakap dengan Vini, dia sedih, dan itu biasalah. Dia layak untuk menjadi pemenang Ballon d’Or.
“Saya tidak ada isu menentang Rodri, dia pemain yang bagus. Namun ketika saya duduk di sofa menonton tv, dan Rodri tidak melakukan apa apa yang membuatkan saya berkata wow,” kata Benzema kepada El Chringuito.
⚪️🇧🇷 Karim Benzema: “I spoke to Vini, he’s sad… it’s also normal. He deserved to win the Ballon d’Or”.
“I’ve nothing against Rodri, good player… but I’m in my sofa watching TV and Rodri doesn’t do anything that makes you say: wow!”, tells @elchiringuitotv. pic.twitter.com/c6zRL6gtH4
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 30, 2024
Vinicius Jr sebelum ini yakin dia adalah pemenang Ballon d’Or dan dia terpaksa membatalkan penerbangannya ke Perancis selepas mendapat tahu dia tak akan menang.
Kem Real Madrid turut memboikot acara itu sebagai tanda solidariti buat Vini Jr.
Kemudian wakil Vinicius memberitahu bahawa, kelantangan pemain itu menentang perkauman membuatkan dia gagal menjadi pemenang Ballon d’Or musim ini.