Karim Benzema dilaporkan melancarkan mogok mengejut sebelum sepak mula antara Al Fateh vs Al Ittihad.
Pemain Perancis itu dikatakan bengang dengan tindakan kelab yang menawarkan kontrak baharu dengan pendapatan hanya $108 juta tanpa gaji pokok.
Angka tersebut hanya melibatkan bonus prestasi dan hak imej Benzema.
Gaji semasa Benzema, gaji pokoknya sahaja sudah $108 juta, dan jika ditambah bonus, boleh mencecah $300 juta semusim, sekiranya semua bonus prestasi diaktifkan.
Tawaran baharu itu pula, Benzema berpotensi mendapat pendapatan yang kurang daripada gaji pokok semasanya, kerana ianya berdasarkan bonus prestasi dan hak imej.
Benzema menganggap tawaran Al Ittihad itu sebagai satu penghinaan dan dia tidak mahu bermain lagi untuk kelab itu untuk baki musim ini.
Benzema tidak sabar menunggu Jun akan datang untuk keluar daripada kelab itu apabila kontraknya tamat.
Karim Benzema refused to play for Al-Ittihad just hours before kick-off after receiving what he felt was a 'ridiculous' contract renewal offer, via L'EQUIPE ⛔️🇫🇷🇸🇦
The 2022 Ballon d’Or winner viewed the proposal as an insult to his career, as it reportedly included zero euros… pic.twitter.com/G15yK8JNNe
— OneFootball (@OneFootball) January 29, 2026
Benzema kecewa kerana dia menjangkakan kontrak lebih baik pada tawaran baharu kelab, memandangkan dia sudah membantu kelab itu memenangi 2 trofi domestik sejak menyertai mereka.
Benzema menganggap Al Ittihad seolah olah mahu dia bermain secara percuma untuk kelab itu kerana tiada gaji pokok.
🚨 Karim Benzema personally asked to be out of Al Ittihad squad today following contract proposal.
Benzema believes promises have been broken after Al Ittihad offered new deal by… “playing for free” outside of image rights, as L’Équipe reported.
🎥 https://t.co/x51of473GZ pic.twitter.com/2VJzm7lw8M
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 29, 2026
Ketegangan antara Benzema dan kelab kerana isu kontrak sudah berlarutan sejak awal musim ini. Hal ini kerana Benzema masih menunggu tawaran baharu, namun Al Ittihad pula dilihat acuh tak acuh dalam perkara tersebut.