Mulai dianjurkan pada tahun 2003, Karnival Jom Heboh
(KJH) sudah sinonim dengan membawa keseronokan menerusi pelbagai aktiviti riadah kepada rakyat Malaysia.
Terbaharu, KJH kini merentas ke Selatan untuk meluangkan masa bersama warga Melaka bertempat di Dataran MITC, Ayer Keroh selama tiga hari berturut-turut dari 28 hingga 30 Jun ini (Jumaat, Sabtu & Ahad).

Melaka atau sinonim dengan panggilan negeri Hang Tuah ini merupakan lokasi ketiga dalam penjelajahan KJH 2024.
Bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke-40 ini, pelbagai aktiviti, tawaran hebat dan hadiah menarik telah disediakan untuk orang ramai menerusi booth Studio Tonton Drama Sangat (TV3,
TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Vocket, Hot FM dan Kool 101.
Booth yang disediakan menerusi KJH 2024 ini berjaya menghimpunkan lebih daripada 200,000 pengunjung di setiap lokasi.
Selain itu, pelbagai jenis booth dan aktiviti- aktiviti menarik khas buat para pengunjung seperti Studio Tonton Drama yang menganjurkan Pertandingan Ratu Kebaya Drama Sangat yang terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas.
Buat penggemar e-sukan, ini merupakan peluang anda untuk sertai atau saksikan pertandingan Tonton eSports War Of Clans yang berlangsung pada 28 Jun (Jumaat) ini.
Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler…!
Pengunjung turut berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan barisan selebriti popular yang menghiasi slot drama dan program televisyen di TV3, TV9 dan Tonton.
Antara selebriti yang hadir adalah Afieq Shazwan, Dr Ahmad Idham, Yassin Senario, Bella Astillah, Muaz Zabir, Shaza Bae dan lain-lain lagi.
Kedai Jom Heboh
Selain itu, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan barangan cenderahati eksklusif di booth Kedai Jom Heboh
seperti barangan Rangkaian Televisyen Media Prima terutama TV3, Jom Heboh, Media Prima Audio (Hot FM & Kool 101).
Antara cenderahati eksklusif dan edisi khas yang pengunjung boleh dapatkan adalah seperti baju T-shirt, cawan, botol air, topi, payung dan banyak lagi.
Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima
Dalam usaha menghibur, kami turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin. Kami di TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin.
Anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun yang tertera. Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media
Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.
Kami berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka dan akan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan dan keadilan.
Melalui pelbagai program dan inisiatif kami, TV3 dan Tonton bertekad untuk menyebarkan mesej keamanan dan solidariti, sambil menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut serta
dalam usaha murni ini.
Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘3v3’
Anda aktif bersukan? Ini merupakan peluang anda untuk merebut hadiah utama wang tunai sehingga RM1,800 beserta trofi dan medal menerusi Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘3v3’! Juara juga bakal membawa jersi edisi khas VOCKET!
Konsert Jom Heboh
Hiburkan hujung minggu anda bersama barisan penyanyi popular tanah air di Konsert Jom Heboh pada 29 & 30 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) bermula pada pukul 9.00 malam.
Pada malam pertama Konsert KJH, anda akan dihiburkan dengan persembahan menarik daripada Naqiu, Indah Ruhaila, Sufian Suhaimi, Puteri Khareeza, Zamani Slam dan Drama Band.
Kemeriahan Konsert Jom Heboh diteruskan dengan persembahan mantap daripada Rahmad Mega, Hael Husaini, Shiha Zikir, Ruffedge, Baby Shima dan Ara Johari pada malam kedua.
Pengunjung Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai hadiah menarik menanti anda!
Rebut peluang ini untuk membawa pulang hadiah lumayan seperti iPad, Tiket Taman Tema Legoland, penginapan 3 hari 2 malam di Hotel Legoland dan pelbagai lagi.
Tunggu apa lagi warga Kota Melaka? Ayuh kita serbu Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… yang berlangsung pada 28 hingga 30 Jun 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Dataran MITC Ayer Keroh
bermula seawal pukul 9.00 pagi!
Sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh dan #InspirasiGenerasi.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang
www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.