Nama Nasir Bilal Khan tidak perlu lagi diperkenalkan kerana beliau cukup terkenal dengan mutu lakonan yang terbaik. Lihat sahaja dalam filem Munafik 2 betapa watak beliau berjaya membuat ramai orang berasa gerun.
Menerusi laporan Harian Metro, Nasir Bilal Khan dikhabarkan telah menolak hampir 20 tawaran lakonan kerana tawaran yang diterimanya dirasakan tidak berkualiti. Malah, beliau berasa kecewa kerana penghasilan drama ketika ini tidak mempunyai hala tuju.
Menurutnya, drama pada ketika ini asyik mengetengahkan tentang percintaan dan tidak menyampaikan mesej dan nilai murni yang sepatutnya ada dalam sesebuah karya itu. Sebagai seorang anak seni, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mendidik dan menonjolkan nilai murni.
Oleh itu, beliau menyarankan kepada produksi untuk cuba mengubah ideologi penghasilan drama yang mengarut. Malah, hasil karya sepatutnya memandang 100 tahun ke hadapan bukannya seperti sekarang.
Berikutan itu, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau dan mengatakan bahawa drama yang sedia ada sentiasa tentang percintaan dan asyik diadaptasi daripada novel. Malah, kebanyakkan drama sekarang ‘cliche’ dan boleh tahu jalan ceritanya.
Drama melayu ni bersiri2 org tunggu kat depan tv saja dipanjang2kan. Merajuk, baik, pujuk, gaduh,baik balik ,rayu ,nangis, tak ada pengajaran atau mesej yg disampaikan. Elok buat drama mcm dulu tak ada siri2 terus tamat. Org pun tak payah nak tunggu2.
— mohdfami (@KhamisFami) November 21, 2019
There's something far more significant there beyond mere words. We feel the good man is saying nothing much has happened for the industry.
— Kamil Othman (@Othman_Kamil) November 21, 2019
Kan? Awak pon da tak layan drama/filem melayu ni..baik tengok citer tamil, ada jugak pengajarannya..
— Yeop Jagindas (@Tarbus_08) November 22, 2019
Apakah pandangan anda mengenai penghasilan drama di kaca TV anda? Bersetujukah anda bahawa karya drama kita tidak bermutu?
Terlalu banyak drama yang memaparkan pekerjaan tetapi tidak menonjolkan situasi sebenar pekerjaan tersebut. Anda mungkin berminat mahu baca tip untuk hasilkan drama berdasarkan pekerjaan seseorang itu.
Ini Tip Daripada Aku Buat Pengarah Yang Ingin Bikin Drama Melayu Berdasarkan Profession
7 Sisi Menarik Dalam Drama ‘Andainya Takdir’ Yang Anda Patut Tahu