Mee segera jenama Indomie merupakan antara jenama mee segera yang terkenal di Indonesia dan negara kita juga. Baru-baru ini, penggemar mee segera Indomie telah tampil dengan corak pembungkusan Indomie pada kasut Nike dan menjadi perhatian warganet.
Menariknya, ia menggunakan model kasut Air Jordan dan hadir dengan warna merah, biru, putih, kuning dan hijau. Tidak disangka kombinasi warna tersebut dalam satu kasut kelihatan cantik dan unik.
Pada bahagian Swoosh, warna kuning digunakan dan pada bahagian midsole, ‘Indomie’ dan ‘MICIN GENERATION’ diletakkan di situ. Koleksi kasut ini adalah custom made oleh arifwhy dan mr.s.custom, dan bukannya rekaan rasmi daripada Nike.
Untuk pengetahuan anda, harga untuk koleksi edisi terhad ini adalah Rp 3.3mil (~RM960) sahaja. Malah, kasut ini hanya akan dijual terhad sebanyak 20 pasang kasut sahaja. Jika anda ingin membeli kasut yang unik ini, anda boleh dapatkan segera.