Sejak bulan April yang lalu, satu peniaga Indomie tular di Taman Tasik Titiwangsa dan gerai tepi jalan berkenaan tular dalam kalangan pengunjung terutamanya pada waktu malam.
Namun, dalam satu perkongsian oleh pengguna TikTok Aizat Azmie, beliau berkongsi video bagaimana kedai tersebut telah disita oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malam semalam.
Baca Juga:
- Rakyat Indonesia Bengang Warga Israel Campak, Pijak Indomie
- Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah Dan Dirosakkan Tidak Sampai 24 Jam Pembukaannya
“Alhamdulillah, sempat merasa indomie viral Tasik Titiwangsa,” tulis Aizat ringkas. Aizat berkemungkinan pelanggan terakhir yang mendapat pesanannya berdasarkan keadaan hidangannya yang masih belum dimakan.
@aizat.azmie Orang terakhir beli sebelum ini terjadi. #indomieviral #indomietitiwangsa
Ada pengunjung setia Taman Tasik Titiwangsa berkata sejak munculnya peniaga tepi jalan tiada lesen ini, laluan menjadi sesak dan kadangkala mengganggu pengunjung yang mahu beriadah dan disebabkan ada laporan, DBKL ambil tindakan untuk menyesaikan masalah tersebut.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana majoriti bersetuju dengan tindakan penguatkuasa. “Biasanya, mula-mula buka bonet, lepas tu siap pasang khemah susun meja kerusi.”
“Janganlah komen bukan-bukan, mereka cuma jalankan tugas dan arahan. Kutip salah, tak kutip cakap tak buat kerja pula. Pening,” tulis seorang pengguna TikTok yang lain.
Seorang pengguna lain pula berkata pemilik gerai indomie tersebut merupakan warga Indonesia dah turut memiliki kedai makanan yang lain di Kampung Sri Gombak Indah.