Taman Tasik Titiwangsa cukup dikenali oleh warga kota dan merupakan destinasi untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk pengetahuan anda, Taman Tasik Titiwangsa telah ditutup pada bulan September tahun lalu disebabkan proses penambahbaikan taman rekreasi tersebut. Pengunjung dapat melawat semula ke taman tersebut bermula bulan Januari tahun hadapan.
Perkara tersebut telah disahkan sendiri melalui akaun Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Beberapa keping gambar tarikan terbaharu di Taman Tasik Titiwangsa turut dikongsikan.
Bagi anda yang tinggal disekitar Kuala Lumpur pasti sudah tidak sabar dengan pembukaan semula taman rekreasi ini. Lebih-lebih lagi terdapat pembaharuan yang menjadikan taman ini jauh lebih cantik dan boleh dikatakan ‘Instagrammable’.
Akan tetapi, kemudahan yang cantik ini tidak akan kekal lama jika kita tidak sama-sama menjaga ia. Diharap pengunjung akan menjaga bersama-sama agar kecantikannya dapat bertahan lama.
Tidak perlu jauh untuk melihat ‘kampung pelangi’ kerana kini di Kelantan juga ada kelihatan sama seperti di Gamcheon Cultural Village. Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.
Persis Gamcheon Cultural Village, Kampung Pelangi Di Kelantan Tawar Keunikan Yang Tersendiri
Train To Busan Antara Tarikan ‘Awesome’ Terbaharu Di Genting Highlands Yang Anda Wajib Cuba
Barang Antik Kerap Dicuri, Pemilik Muzium Percuma Di Melaka Ini Nekad Untuk Menutupnya