Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi memberi penjelasan mengenai situasi salah seorang pemain pertahanan iaitu Fazly Mazlan.

Fazly kembali ke pangkuan skuad Gergasi Merah tidak sampai sebulan selepas beliau tidak dilanjutkan kontrak.

Baca Juga:

Rata-rata peminat di media sosial tidak bersetuju mengenai keputusan itu dan Kinoshi memberikan penjelasan mengenai situasi pemain terbabit.

Katsuhito Kinoshi
Sumber Gambar: Selangor FC

Katsuhito Kinoshi Terima Fazly Mazlan

“Saya sangat terkejut. Saya membuat penggilan kepada seseorang yang mengatakan Fazly mahu kembali.

“Sebenarnya, saya suka dengan beliau. Ini merupakan saat penting kerana sekiranya ada pemain yang mahu kembali, saya boleh terima.

Katsuhito Kinoshi
Sumber Gambar: The Sun

“Dia boleh menjadi role model untuk pemain muda dalam negara.

“Sekiranya pemain beraksi dengan baik, mengorbankan diri untuk pasukan, anda boleh beraksi sehingga usia 32, 35 tahun superti Fazly.

“Oleh itu, saya terima dia kembali ke pasukan ini,” kata jurulatih Selangor itu.

Dalam masa yang sama, Selangor melanjutkan kerjasama bersama Daikin bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.