Tular baru-baru ini apabila Ali Puteh mengumumkan sedia menjual trofi yang dimenangi menerusi program realiti yang disertai. Selain itu, beliau juga turut menjual motosikal yang dimiliki beliau.

Bagi menampung kos membayar saman fitnah beliau kepada Norhidayah selaku balu arwah Abam, isteri beliau turut berkorban menjual Honda Accord mereka bagi melangsaikan kesemua tuntutan hutang sebelum ini.

Baca Juga:

Kegigihan Ali Puteh menjual sambal sambil berusaha melangsaikan hutang ini turut mendapat pujian orang ramai yang kagum dengan usahanya.

Dalam pada itu, isteri Ali yang banyak berkorban untuknya pula yang menjadi bahan kecaman seorang individu di TikTok.

@aliputeh89

Aku agak dah akan muncul mcm ni… Isteri aku pulak kau petik… Ade spe boleh cari kan manusia ni?? Dengar duduk johor…esok kebetulan ke johor…soe ade no atau alamat rn500 sy bagi…kau petik bini aku ekhhh

♬ original sound – aliputeh – aliputeh

Menurut video yang dikongsikan oleh TikTok @aliputeh89, wanita ini memaklumkan isterinya tidak sepatutnya menangis sebaliknya gembira kerana suami beliau tidak meninggalkan hutang sebelum meninggal.

Beliau turut memesan hutang sememangnya wajib dibayar manakala wang yang dimiliki tidak sepatutnya digunakan bagi tujuan menjoli tanpa memikirkan nasib individu yang mereka masih berhutang.

Teguran keras wanita ini telah membuatkan Ali Puteh kurang senang serta sedia menawarkan ganjaran RM500 buat individu yang mampu memberi informasi mengenai wanita ini agar beliau dapat menjumpainya.

Ali Puteh walau bagaimanapun tidak berkongsi secara lanjut tindakan yang bakal diambil terhadap wanita ini yang membuat teguran keras ini di media sosial.

Sumber