Umum mengetahui kemelut yang melanda Ali Puteh dengan bekas kakak iparnya, Norhidayah Mohd Ali berhubung isu pembahagian harta faraid dan saman fitnah yang sudah berlarutan selama lebih 3 tahun.

Sebelum ini, Ali mengatakan bahawa isu pembahagian harta faraid sudah selesai dan dirinya sedang mengumpulkan dana untuk membayar saman fitnah.

Baca Juga:

Susulan itu, dia telah menjual barangan peribadinya seperti trofi kemenangan dalam program pertandingan lawak, motosikal dan kereta Honda miliknya.

Malah, dia turut gigih berniaga sambal bagi mengumpulkan wang membayar hutang saman dituntut oleh bekas kakak iparnya itu. Terbaharu, Ali berkongsi bahawa wangnya sudah cukup untuk membayar saman fitnah.

“Alhamdulillah terima kasih yang membeli barangan saya. Terima kasih mendoakan saya dan keluarga.

“Moga Allah membalas jasa baik anda semua. Sudah cukup RM75,000.” tulisnya.

Perkongsiannya itu telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali yang mengikuti perkembangan kemelut terbabit dan rata-rata netizen tumpang gembira kerana Ali akhirnya berjaya mengumpulkan wang menyelesaikan hutangnya.