Konflik antara Ali Puteh dengan bekas kakak iparnya, Norhidayah Mohd Ali berhubung isu pembahagian harta faraid dan saman fitnah sudah berlarutan selama lebih 3 tahun.
Ali Puteh turut dilaporkan telah menyelesaikan isu faraid serta pembahagian harta peninggalan arwah Abam sepenuhnya pada bulan lalu dan kini hanya tinggal hutang saman fitnah.
Baca Juga:
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
Masih menerima kecaman hebat netizen, Ali berkongsi kronologi mengenai kes tidak melangsaikan hutang seperti didakwa bekas kakak iparnya itu dan bertindak mempertahankan dirinya.
Ali Puteh turut mendedahkan bahawa pihak Norhidayah telah menolak usaha beliau untuk membayar nilai saman fitnah berjumlah RM75,000 secara ansuran sebelum ini.
Malah, pihak Norhidayah turut menolak usaha Ali Puteh membayar wang sebanyak RM25,000 beserta tiga buah motosikal.
Susulan pendedahan kronologi tersebut, Ali Puteh masih menerima komen-komen negatif dari netizen dan menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya sekaligus menafikan dirinya bersikap tamak.
Menerusi komen yang ditinggalkan, Ali tenang dan merasakan dirinya tidak bersalah serta meminta netizen bertanya sendiri kepada Hidayah yang selama ini dianggap berlakon baik.