Suami Fatin Afeefa, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang sekali lagi menjadi sebutan netizen menerusi kontroversi yang timbul baru-baru ini selepas terdapat dakwaan kereta McLaren yang digunakan bukan didaftarkan atas nama beliau. Malah, beliau turut didakwa menggunakan nombor plet fancy.

Opai walau bagaimanapun turut menafikan menggunakan nombor plet fancy tersebut di atas jalan raya secara rasmi. Berhubung isu nama pemilik kenderaan tersebut, rakannya Hafiz Wasa, memaklumkan beliau telah menjual kereta McLaren tersebut kepada Opai namun belum sempat membuat pertukaran nama pemilik.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Sehubungan dengan itu, Opai turut memuat naik sebuah Instagram Stories dalam membolehkan orang ramai yang didakwa memfitnah beliau menyertakan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk beliau ampunan dosa fitnah dan cacian.

Menerusi perkongsian Instagram Stories isterinya, Fatin Afeefa pada beberapa hari lalu turut memaparkan keadaan Opai yang terbaring di katil hospital di mana pelakon ini mendakwa suaminya dipukul oleh geng Honda.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Opai mendapat perhatian netizen berikutan perlakuannya. Sebelum ini beliau turut pernah memperlekeh pemilik bukan supercar di mana turut mendapat perhatian Tengku Panglima Johor yang tampil perkongsian berhikmah.