Kawan lama Sharnaaz Ahmad ketika di universiti menceritakan tentang sikap sebenar artis itu.

Menurut rakannya yang menggunakan nama Fararekiy itu Sharnaaz seorang kawan yang nakal, kasar namun baik hati.

Baca Juga:

Sharnaaz berkongsi satu gambar yang dia ambil ketika zaman belajar. Dan ianya menarik perhatian netizen dan Fararekiy sendiri.

Sharnaaz menulis kapsyen: “Berusia 20 tahun, nakal/ suka kacau orang, kuat bodek lecturer, Fararekiy kuat cover assignments aku.

“Apa yang ada pada saya hari ini adalah terbina daripada mereka yang ada hati yang baik di sekeliling saya.”

Di ruangan komen Fararekiy turut mengusik Sharnaaz menyatakan bahawa pada zaman belajar ketika itu, Sharnaaz satu satunya rakan mereka yang ada telefon berkamera. Sedangkan yang lain masih pakai 3310.

“Kalau tak, tak wujudlah gambar ni. Ini selfie belakang kamera telefon namanya,” jelas wanita itu.

Kemudian di IG miliknya Fara menulis: “Notify masih, owh ada orang slash tag ni. Allahu teringat zaman kami sama sama bergelut untuk siapkan assingment.

“Sama sama belajar sampai pagi bila nak masuk peperiksaam. Saling menyokong antara satu sama lain apabila projek akhir walaupun tak sama kumpulan.

“Tak ada duit, dia [Sharnaaz] belanja aku mana. Tak ada pengangkutan nak pergi kelas, dia tumpangkan aku naik kereta dia. Definisi orang senang yang bantu orang susah macam aku ini. Dan dia tak pilih kawan.

“Lepas graduasi, apabila dia dapat tahu aku kerja gaji sikit sampai kena shift malam, dia maki aku. Korang boleh bayangkan dia maki macamana.

“Dia paksa aku datang pejabat dia kerja untuk temuduga dengan bos dia. Temuduga cuma 10 minit dan saya diterima bekerja. Kemudian bermulalah perubahan hidup sebagai pegawai bank.”

Fara kemudian menyatakan dia bukan bercakap tentang Sharnaaz Ahmad kerana dia selebriti namun sebab dia adalah kawan lama beliau yang sangat baik.

“Saya bukan nak bercakap di sini sebab dia selebriti, tetapi kerana dia kawan baik saya sejak 2003 sampai sekarang. Kita akan memasuki alam 40-an tak lama lagi Sharnaaz Ahmad.

“Dan sekali lagi, terima kasih atas semua yang kau telah bantu aku. Ok, rindu seorang lagi dalam gambar ni nama dia Roy.”