Watak Reza yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad sememangnya memberikan kesan yang terpahat kepada penonton. Mana tidaknya, daripada seorang anggota polis yang berdedikasi, Reza menjadi pemburu dan pembunuh licik bekas rakan sepasukannya.

Dalam satu hantaran Facebook Sharnaaz, beliau secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Joel Soh, pengarah trilogi Polis EVO yang tetap mahu mengambilnya berlakon sebagai watak antagonis yang taktikal dan kejam yang meninggalkan si mangsa terperangkap dalam pilihan sendiri.

Baca Juga:

“Kepada Mr Joel Soh, satu malaysia hentam aku, cakap yang aku panas baran, sangat susah kerja dengan aku, sebab aku panas baran, suka mengamuk di set kalau ada yang tak kena.

“Tetapi, dia tetap dengan pendirian dia nak aku juga dalam Polis EVO 3.  Jutaan terima kasih kepada Joel. Love u big time brother! Road to RM50 million,” petik perkongsian Facebook Sharnaaz.

Menjengah pada ruangan komen, netizen juga mengucapkan  syabas dan tahniah kepada ‘Mamu’ kerana lakonan beliau menjadi ‘pelaris’ kepada filem Polis EVO 3 itu.

Sumber Gambar: Facebook Sharnaaz Basir Ahmad
Sumber Gambar: Facebook Sharnaaz Basir Ahmadi

Sementara itu, semalam Facebook Skop Productions memuat naik hantaran di mana filem Polis EVO 3 berjaya mengutip sebanyak RM45 juta bagi tayangan awal dan tayangan rasmi yang baru mencecah 16 hari.

Dalam filem terakhir bagi trilogi Polis EVO 3, ia mengisahkan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) kembali dengan misi terbaru untuk menumpaskan bekas koperal serta teman rapat Khai, Reza (Sharnaaz Ahmad) yang kembali semula membunuh rakan sepasukan selepas 10 tahun ‘mati’ selepas insiden membakar diri di dalam rumah sendiri.

Jika anda masih belum menonton filem ini, pergilah ke pawagam berhampiran, dan rasai debaran bagaimana Reza membuat anda pilihan yang sukar untuk menyelamatkan nyawa.