Filem Polis Evo 3 berjaya mengetepikan filem antarabangsa, FAST X dengan kutipan keseluruhan sebanyak RM3.4 juta pada hari pertama tayangan.

Terbaharu, Shaheizy Sam telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang memaparkan dirinya dengan perut ‘bulat’ dan juga adegan dia memaparkan ‘six-pack’ dalam filem Polis Evo 3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hal ini bukanlah sesuatu yang baharu tetapi segelintir peminat masih berasa terkejut dengan transformasi yang dilakukan oleh Sam demi menjayakan watak yang dibawa.

Rata-rata netizen memuji Sam yang selalu komited untuk memberikan yang terbaik serta mengubah ‘penampilan diri’ agar sesuai dengan watak yang dibawa.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan bukan mudah untuk menurunkan berat badan jika tidak disiplin. Malah, ada juga netizen yang mahu tahu diet yang diamalkan oleh Sam.