Pelakon lelaki terkenal tanah air, Shaheizy Sam pada semalam meminta maaf selepas ditegur netizen- kerana menggantung rokok elektronik (pod) sewaktu memakai baju t bermotif tentera.

Menurut Malay Mail, beliau difahamkan berbuat demikian ketika sesi bergambar bersama beberapa pelakon utama filem Bakara baru-baru ini.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Dalam gambar yang dikongsikan di media sosial itu, Sam bersama beberapa lagi pelakon lain dilihat mengenakan seluar celoreng bersama baju yang tertulis perkataan ‘ARMY’.

Bagaimanapun, berbeza dengan rakan-rakan pelakon yang lain, beliau dalam gambar tersebut dapat dilihat turut menggatung tali pemegang rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai pod di lehernya sekaligus menerima teguran daripada netizen.

https://twitter.com/rudyakhbar/status/1292874610996678656?s=20

Terima kasih atas teguran

Pelakon yang terkenal dengan filem seperti Polis Evo dan Adnan Sempit itu bagaimanapun dilihat menerima teguran tersebut dengan terbuka dan membalas teguran yang dibuat netizen itu melalui satu ciapan di akaun Twitter miliknya.

Dalam ciapan tersebut, Sam bukan sahaja meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perkara sama di masa hadapan namun turut mengucapkan terima kasih atas peringatan yang diberikan kepadanya.

“Saya minta maaf, akan diperbaiki di masa hadapan.

“Terima kasih atas teguran dan ingatan,” jelasnya.

Ini bukanlah kali pertama etika pemakaian yang berkait dengan pasukan berseragam seperti tentera menjadi perhatian malah Wak Doyok sebelum ini juga pernah ditegur netizen luar negara. Baca mengenainya di pautan di bawah.Β 

Wak Doyok Ditegur Netizen ‘Mat Salleh’ Selepas Muat Naik Gambar Ini Di Instagram

Pelakon Malaysia Ini Kongsi Bagaimana Beliau Mendapatkan Watak ‘Major Jane’ Dalam Peninsula

Bros Gang TV Akhirnya Mengaku Video Curang RM20,000 Hanyalah Lakonan Semula

Sumber