Polis Evo 3 kini menjadi bualan hangat di kalangan peminat tempatan malahan menerima maklum balas yang positif setakat ini.
Menerusi perkembangan terkini, difahamkan filem ini berjaya memintas jumlah kutipan box office Polis Evo 2, filem Polis Evo 3 dilapor beroleh keuntungan kira-kira RM25 Juta dalam tempoh tujuh hari sejak ia ditayangkan di pawagam.
Baca Juga:
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
Menurut Astro Awani, filem arahan Syafiq Yusof yang kedua sebelum ini meraih RM23 juta dalam tempoh 44 hari. Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata ia merupakan prestasi cemerlang berbanding filem sebelum ini.
“Kutipan Polis Evo 3 telah memecah rekod kutipan keseluruhan Polis Evo 2 dalam tempoh satu minggu. Momentum positif ini memperlihatkan prestasi yang lebih pantas.
“Terima kasih kepada semua yang telah menonton filem Polis Evo 3 di pawagam. Tambah mengujakan, kami turut menerima maklum balas daripada penonton yang telah ulang menonton Polis Evo 3.
“Kami akan terus fokus dalam memantapkan aktiviti pemasaran agar filem Polis Evo 3 dapat dinikmati oleh penonton dari pelbagai latar, kerana kami percaya filem ini menepati cita rasa penonton Malaysia,” katanya.
TGV Cinema baru-baru ini turut memaklumkan filem Polis Evo 3 berjaya memecahkan rekod dengan mengutip lebih RM10 juta dalam masa tiga hari ditayangkan di layar perak.