Pusat Nasional untuk Pembangunan Tumbuhan dan Memerangi Penggurunan Arab Saudi berkata sepanjang 5 bulan lalu wilayah Mekah diliputi kawasan hijau meningkat lebih 600 peratus.
Difahamkan ia terjadi disebabkan musim hujan di negara itu dengan jumlah hujan mencecah 200 milimeter di beberapa tempat, lapor Arab News.
Baca Juga:
- Kawasan Gunung Di Arab Saudi Menghijau, Timbul Rasa Takut Di Kalangan Umat Islam
- Bakal Menjadi Negara Yang Lebih Kaya, Arab Saudi Umum Penemuan Emas Di Lombong Sepanjang 100km
- UAE Cipta Lembaran Baharu Minuman Beralkohol, Buka Fasiliti Kilang Arak Pertama Di Abu Dhabi
Analisis data daripada teknologi penderiaan jauh mendedahkan jumlah kawasan menghijau adalah 3,529.4 kilometer persegi pada bulan Ogos, mewakili 2.3 peratus daripada jumlah kawasan di rantau itu.
Kemudian angka tersebut meningkat secara beransur-ansur akibat hujan yang mencecah 26,256 kilometer persegi menjelang akhir tahun.
600% increase in the area and density of vegetation cover in Makkah Al Mukarrama region during the past months, because of rainfall.#Saudi_Green_Initiative pic.twitter.com/z14KfxKCEr
— المركز الوطني لتنمية الغطاء النباتي ومكافحة التصحر (@ncvcksa) January 5, 2024
Menjelang Disember, 17.1 peratus wilayah itu telah diliputi tumbuh-tumbuhan. Ia tertumpu di kawasan pergunungan dan tanah tinggi selari dengan pantai Laut Merah, dengan ketinggian antara 500 hingga 2,600 meter, di Mekah, Taif, Al-Laith, Al-Jammoum, Al-Kamil, dan Khalis.
Pusat kerajaan Arab Saudi berkata sedang mengkaji status kawasan-kawasan hijau itu dengan menggunakan teknologi penderiaan jauh dan kecerdasan pintar (A.I).
Kajian itu termasuklah memantau perubahan dalam tapak projek penanaman hutan, menjejaki perubahan penutup tanah, mengira jumlah hujan dan kepadatan tumbuh-tumbuhan dan menilai kesihatan tumbuhan. Di mana ia dapat membantu mencapai matlamat projek penanaman hutan dan ‘Inisiatif Hijau Arab Saudi’.
The mountains in and around the holy city of Makkah in Saudi Arabia have turned green after weeks of heavy rain. pic.twitter.com/YbXjb3Xj7K
— Globe Eye News (@GlobeEyeNews) January 4, 2024
Terdahulu, Arab Saudi mengumumkan penemuan emas di kawasan sepanjang 100 kilometer ke selatan lombong Mansourah Massarah, kawasan pentadbiran Al Khurmah di wilayah Makkah.
Penemuan tersebut menjadi bukti potensi sumber mineral yang belum diterokai di negara tersebut.