Walaupun netizen Malaysia dan Indonesia sering bertelagah di media sosial, tidak bermaksud semua orang mempunyai perasaan benci yang mendalam di antara satu sama lain.
Inilah yang ditonjolkan di dalam video yang tular di mana warganet dari Malaysia sedia memberi sokongan berbentuk wang kepada streamer yang diminati dari negara jiran.
Di dalam video itu, streamer yang dikenali sebagai Ade dilihat menerima sejumlah wang yang besar dari peminat Malaysia di dalm satu siaran langsung baru-baru ini.
Menariknya, rata-rata peminat Malaysia sedia memberikan derma sekitar RM100 – RM140 kepadanya yang dipercayai diberikan kerana tidak pernah memburukkan negara Malaysia dan sering menyantuni peminatnya dengan baik.
Ade di dalam video itu kelihatan tersangat terkejut menerima wang yang besar dalam bentuk RM berulang-kali dalam masa sama meraikannya dengan gembira.
‘Cair-cair’ dalam konteks stream atau siaran langsung merujuk pada keadaan di mana penonton, terutamanya penonton tegar, menghantar hadiah maya atau ‘gift’ kepada streamer atau penyiar.
Contoh platform yang popular dengan ciri ini termasuk TikTok LIVE, YouTube Live, dan Twitch. Tindakan ini dipanggil ‘cair-cair’ kerana ia seolah-olah penonton mencairkan wang mereka untuk menyokong streamer kegemaran mereka.
Oleh itu, di dalam ruangan komentar warga Indonesia meluahkan rasa terkejut dengan kebaikkan rakyat Malaysia dan paling utama sekali menderma wang yang besar kepada streamer dari negaranya.
@gemarclip Beras er er ki habis, terbitlah beras malay ya mas @ade cair cairr #setiawanade #mlbb #rrq #srg
Dalam pada itu, ada yang bertanya berapakah jumlah tukaran nilai duit Malaysia itu kerana percaya pastinya jumlah yang besar dan mengikut kadar semasa yang mana RM100 bersamaan IDR387,428.
Mereka berpendapat dengan hadiah itu sudah cukup lumayan kerana menyamai atau melebihi gaji bulanan standard di luar sana.
Susulan itu ,sebahagian netizen Indonesia menggelarkan rakyat Malaysia sememangnya kaya raya kerana boleh menderma dengan jumlah yang sebegitu banyak.