Pertemuan penuh emosi antara Jairo da Silva dan pertahanan Al-Ahli, Ali Majrashi menjadi tumpuan selepas berakhirnya drama suku akhir AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/26 awal pagi semalam.

Meskipun peminat sudah melihat keadaan Jairo dalam satu video yang tular semalam, foto terbaru ini memperlihatkan dengan lebih jelas kesan impak yang terpaksa ditanggung oleh penyerang JDT itu.

Menurut sumber foto dari laman Facebook rasmi Al-Ahli, Jairo dilihat mengalami bengkak yang sangat ketara di bahagian mata kanan, selain kesan luka di bibir yang memerlukan jahitan.

Ini Keadaan Terkini Jairo Da Silva Selepas Terima Pemeriksaan Rapi Di Jeddah
Kredit Foto: Al-Ahli Saudi (لنادي الأهلي السعودي)

Keadaan ‘wajah perang’ Jairo da Silva  ini membuktikan betapa kuatnya impak sepakan gunting Majrashi yang mengenai tepat ke muka beliau sehingga menyebabkan situasi panik di stadium berlaku hingga menjadi tumpuan dunia.

Malah, wartawan bola sepak terkenal dunia Fabrizio Romano turut memuatnaik video insiden mencemaskan itu.

Ali Majrashi Hadir Melawat Jairo da Silva

Walaupun insiden tersebut berlaku secara tidak sengaja ketika perebutan bola, Ali Majrashi mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan melawat Jairo di hotel penginapan.

Kehadiran Majrashi itu menunjukkan sisi murni bola sepak, di mana permusuhan hanya berlaku selama 90 minit di atas padang, manakala rasa hormat sesama pemain tetap diutamakan.

JDT dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan semalam mengesahkan pemain itu telah menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk imbasan X-Ray dan CT Scan di Kompeks Perubatan Raja Abdullah

Walaupun JDT terpaksa akur tersingkir dengan keputusan 1-2, namun semangat juang yang dijelmakan Jairo sehingga sanggup menggadaikan keselamatan diri demi pasukan akan terus diingati oleh para penyokong.

Semoga cepat sembuh, Jairo da Silva!