Stadium Merdeka dalam proses naiktaraf secara berperingkat dimana ia kini telah dilengkapi trek olahraga baharu yang berwarna biru.
Ia adalah salah satu daripada mercu tanda ikonik bersejarah negara dijangka dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini selepas ditutup sejak 2016.
Baca Juga:
- Agong Rasmi Menara Kedua Tertinggi Di Dunia, Merdeka 118
- Padang SNBJ Terjejas, Peminat Serang Instagram Hans Isaac
- Hamidin: Keadaan Padang SNBJ Lebih Baik, Sedia Untuk Digunakan
Ini gambaran keadaan terkini stadium merdeka yang dikongsi oleh peminat daripada laman facebook Cerita bola- Malaysia.
Berdasarkan gambar, permukaan padang masih dalam proses dibaikpulih dan difahamkan ia kekal menggunakan rumput jenis ‘Cowgrass’ yang lebih berkualiti supaya boleh menganjurkan perlawanan bola sepak di peringkat antarabangsa.
Stadium ini juga bakal jadi gelanggang rasmi perlawanan Piala Sultan Selangor edisi ke-20 yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.
Proses baikpulih stadium ini dijangka siap pada bulan April atau Mei dan segalah perkembangan turut dipantau pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB).
PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, anak syarikat PNB menubuhkan Merdeka Heritage Trust (MHT) 2006 untuk memulih, memelihara dan mengurus Stadium Merdeka.
Ia termasuk pemindahan teres tempat duduk untuk kapasiti tempat duduk yang lebih besar iaitu 45,000 tempat duduk yang dibina untuk Sukan SEA 1989.
Stadium Merdeka dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu apabila mula dibina pada 1956 dan siap dalam tempoh setahun dan menjadi tuan rumah bagi detik paling bersejarah apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, diikuti dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.