Ketegangan hubungan antara Richarlison dan Tottenham Hotspur terus panas. Terbaru pemain antarabangsa Brazil itu dikatakan akan menghantar tuntutan penamatan kontrak di mahkamah.

Ini kerana Richarlison kecewa namanya tidak disenaraikan dalam skuad Liga Perdana Inggeris,serta diarahkan berlatih dengan skuad B-21.

Sebelum ini De Zerbi ada mendedahkan kenapa dia menyisihkan nama Richarlison daripada senarai skuad EPL. Menurut De Zerbi, pemain itu sendiri berkali kali memberitahunya bahawa dia mahu berpindah.

Malangnya dia tidak dapat berpindah. Rundingan kembali semula ke Everton pada deadline day gagal dimeterai.

Kemudian pada sehari selepas jendela perpindahan EPL ditutup, ada tawaran daripada Trabzonspor, juga tidak dapat dimeterai. Terdapat 2 halangan utama, Trabzonspor keberatan membayar £20 juta diminta Spurs, dan hanya sedia membayar £15 juta.

Seterusnya, kelab Turki itu perlu mengosongkan segera kuota pemain asing untuk mendaftarkan Richarlison. Di mana mereka tidak dapat melakukannya pada saat akhir.

Kini Richarlison mahu menyertai bekas kelabnya, Vasco Da Gama. Tetapi Spurs tidak dibenarkan untuk meminjamkan pemain senior mereka ke kelab lain lagi kerana sudah mencapai had.

Satu satunya cara Richarlison boleh menyertai Vasco Da Hama adalah dengan menjadi ejen bebas.

Oleh sebab itu dia meminta penamatan kontrak. Dan Spurs tidak mahu melepaskannya begitu sahaja. Lalu Riharlison mahu mengheret kes ini ke mahkamah.