Kejadian tidak diingini berlaku dalam perlawanan di peringkat akar umbi apabila pemain yang beraksi bergaduh dalam aksi tersebut.

Salah satu video tular di laman media sosial yang mana menunjukkan pengadil perlawanan melayangkan kad kuning kepada empat pemain selain memberi amaran keras.

Baca Juga:

Insiden berpunca dari salah satu pemain yang mewakili pasukan memakai jersi Selangor menarik pemain lawan hingga jatuh dan kemudian menolak pemain itu.

Rakan sepasukan yang tidak berpuas hati kemudiannya menolak pemain yang memakai jersi Selangor itu dan terjadi konflik antara pemain kedua-dua pasukan.

Insiden pemain akar umbi bergaduh ini mendapat perhatian netizen khususnya peminat bola sepak tanah air dimana rata-rata dari mereka kesal dengan kejadian tersebut.

Bagi pemain yang beraksi di peringkat akar umbi, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku dimana apa yang diperlukan ialah mereka menikmati bola sepak selain membina jati diri yang baik sebagai seorang pemain.

Ada juga peminat yang risau dengan masa depan bola sepak negara sekiranya bola sepak akar umbi diwarnai dengan insiden pergaduhan dan tidak mustahil insiden ini boleh mencetuskan kejadian lain selepas ini.

Pada awal tahun ini, perlawanan antara dua pasukan dalam saingan Terengganu Football League baru-baru ini dicemari dengan insiden pergaduhan antara pemain sehingga menyebabkan bapa salah seorang pemain mengalami kecederaan parah.

Menurut perkongsian Piang Shankly di laman media sosial X, beliau memuat naik video yang menunjukkan beberapa pemain yang memukul seorang individu sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala.

Insiden sama berlaku di Lembah Klang dimana salah satu liga amatur iaitu Liga Komuniti Isma B-16 tahun di Shah Alam itu dicemari dengan insiden pergaduhan yang membabitkan pemain dan seorang bapa yang bertindak ganas ketika permainan.

Lelaki terbabit didakwa gagal mengawal emosi selepas melihat anaknya dikasari dalam perlawanan tersebut yang sekaligus terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.