Liga Amatur dalam negara kembali dicemari dengan insiden tidak diingini dimana kali ini liga yang dijalankan di Terengganu menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air.
Perlawanan antara dua pasukan dalam saingan Terengganu Football League baru-baru ini dicemari dengan insiden pergaduhan antara pemain sehingga menyebabkan bapa salah seorang pemain mengalami kecederaan parah.

Baca Juga:
- Peminat Kesal Liga Amatur Negara Dicemari Pergaduhan
- Terlibat Pergaduhan, Dion Cools Terlepas Hukuman Dari AFC
- Liga Komuniti Dicemari Pergaduhan, Bapa ‘Flying Kick’ Pemain
Menurut perkongsian Piang Shankly di laman media sosial X, beliau memuat naik video yang menunjukkan beberapa pemain yang memukul seorang individu sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala.
Perlawanan Terengganu Football League petang tadi. Bapa kepada salah seorang pemain dipukul.
Pecoh pale! 🤦♂️ pic.twitter.com/Ke3y1qgFiz— Piang Shankly (@PiangShankly) January 12, 2024
Akan tetapi, tidak ada maklumat lanjut mengenai dua pasukan terlibat serta nama pemain yang memukul individu tersebut.
Sebelum ini, insiden sama berlaku di Lembah Klang dimana salah satu liga amatur iaitu Liga Komuniti Isma B-16 tahun di Shah Alam itu dicemari dengan insiden pergaduhan yang membabitkan pemain dan seorang bapa yang bertindak ganas ketika permainan.
Lelaki terbabit didakwa gagal mengawal emosi selepas melihat anaknya dikasari dalam perlawanan tersebut yang sekaligus terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.
Liga Komuniti Isma Bawah 16 tahun di Shah Alam. Kali ni bkn pengadil tapi pemain pulak kena flykick dgn parent. Tapi nampak mcm ada provokasi antara pemain dgn org luar padang yg cuba ditenangkan pengadil namun flykick dr lelaki menjadikan situasi lbh panas. pic.twitter.com/qkuVt1HVdN
— Hal Ehwal Pengadil (HEP) (@pengadilbola) November 23, 2023
Pengadil dan beberapa kru petugas perlawanan kemudiannya tampil meleraikan pergaduhan tersebut namun ia berlarutan apabila si pelaku enggan mengalah dan menendang pemain tersebut.
Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku terhadap pemain dan pihak pengurusan pasukan juga telah membuat laporan polis berhubung pergaduhan yang berlaku.
Isteri kepada lelaki tersebut difahamkan telah membuat permohonan maaf atas kejadian yang berlaku dan memohon agar kejadian itu tidak dipanjangkan lagi.