Aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman (KDA) menentang Selangor (SFC) di Stadium Darul Aman bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan malam ini.

Perlawanan ini ibarat aksi ‘final’ buat kedua-dua pasukan itu kerana ia adalah pertembungan untuk menentukan gelaran naib juara Liga Super 2023 sekaligus dapat tiket ke pertandingan peringkat Asia musim depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mereka akan mengiringi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah mengesahkan kejuaraan Liga Super lebih awal buat kali kesepuluh berturut-turut.

Berdasarkan kedudukan terkini Liga Super, Selangor berada di tangga kedua dengan 55 mata manakala Kedah di tangga ketiga dengan 53 mata.

Skuad Gergasi Merah itu wajib mengutip 3 mata malam ini untuk mengesahkan slot ke AFC Champions League (ACL) 2 musim depan lebih awal.

Namun, mereka perlu tunggu hingga ke perlawanan terakhir Liga Super pada 17 Disember sekiranya aksi menentang Kedah berakhir dengan keputusan tewas atau seri.

Manakala Kedah berpeluang memotong kedudukan Selangor andai mereka konsisten mengutip 3 mata dalam baki dua perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, Selangor memiliki kelebihan dari segi jumlah perbezaan jaringan andai kedua-dua pasukan terikat mata yang sama dalam saingan Liga Super musim ini.

Berdasarkan rekod lima pertembungan terakhir, Selangor memenangi tiga daripada perlawanan itu dan mereka pernah mengalahkan Kedah 4-2 di Stadium Darul Aman pada musim 2021.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu dijangka akan mempertaruhkan penjaring terbanyak Liga Super ketika ini, Ayron Del Valle untuk merobek gawang Kedah.

Namun, Kedah tidak kurang hebatnya apabila bakal menurunkan bekas penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun yang sudah pasti tahu setiap kelemahan bekas pasukannya.

Ifedayo merupakan penjaring terbanyak Liga Super 2020 dan 2021 sebelum menyertai Sang Kenari pada pertengahan musim.

Pasukan mana yang akan ikut JDT beraksi di pentas Asia musim depan? Sama-sama kita saksikan.