Sebuah kedai makan terkejut apabila menemui tiga beg bagasi mengandungi hampir 10 ekor kucing dan ditinggalkan begitu sahaja.
Menerusi perkongsian video TikTok @sheikharjans, kira-kira pukul 10.30 malam ternampak sebuah kereta masuk ke kawasan parkir kedai makannya.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
15 minit kemudian, kereta tersebut beredar meninggalkan kawasan kedai makan itu.
“Mungkin mereka ubah fikiran untuk makan tempat lain. Kemudian pada pukul 3 pagi, pekerja ternampak ada tiga buah bagasi di kawasan parkir kereta,” kata @sheikharjans.
@sheikharjans sayangi makhluk #straycat #stray #catsoftiktok #alarjan #seberangjayapenang #penang
Apabila mereka semua pergi melihat dan membuka bagasi tersebut, alangkah terkejutnya apabila mendapati terdapat 4 ekor kucing dewasa serta anak-anak kucing yang lain.
“Sampai ada yang terberak, terkencing dalam bagasi itu. Kesemua kucing itu berasa lemas, rimas, lapar, dan ketakutan dalam gelap.
“Adalah dalam 6 jam juga kucing-kucing malang itu berasak-asak cuba melepaskan diri daripada bagasi tersebut,” kata beliau.
@sheikharjans menyatakan beliau tidak kisah jika ada orang mahu meletakkan haiwan yang hendak dibuang di kedai makannya, asalkan diberitahu terlebih dahulu.
Hantaran video itu telah mendapat hampir lebih 1 juta tontonan, lebih 8,000 komen daripada warganet.
Orang ramai mengucapkan terima kasih kepada @sheikharjans kerana menyelamatkan kesemua kucing malang tersebut.
Dalam pada itu warganet tidak menolak ada kemungkinan kucing-kucing tersebut bukan dibuang oleh ‘tuan sendiri’. Sebaliknya mungkin dibuang oleh orang yang kurang senang dengan kewujudan semua kucing itu di suatu kawasan perumahan.